Khamis, 12 September 2013


apa mampu cinta yang tanpa nafsu,
sedang cinta itu nafsu.

Khamis, 25 April 2013

Dunia


dan dunia tak lagi seperti dulu.
cinta ada.
tapi tak setulus dan sesuci yang seharusnya.
adil ada.
tapi tak semua melaksana.
itu tandanya dunia sudah tua.
sudah menuju waktu akhirnya.

Selasa, 23 April 2013

Paranoia


paranoia.
ya.
ketakutan itu menghantui.
dan aku tak lagi berani.
tak lagi mengandai.
trauma.
aku takut.
kalau sekali lagi yang sama.
perasaan terluka itu pedih.
dan pedih lagi terpaksa melupakan.
mungkin kali ini patut aku serahkan pada Tuhan.
biar dia yang tentukan.

Rabu, 3 April 2013

Rasa

aku takkan pernah rasa sempurna sebagai wanita,
mungkin perlu seorang putera,
yang mampu buatkan aku rasa kesempurnaan itu.

Rabu, 27 Mac 2013

Tak Sama.

tak.
kita tak sama.
misi kita berbeza.
tapi kerana satu.
kita ketemu di situ.

Sempurna III


sempurna yang takkan pernah kau dapat dari aku,
tapi jadikan ketidaksempurnaan aku untuk sempurnakan kau.
begitu juga aku sebaliknya.

Isnin, 18 Mac 2013

Sempurna II

aku tak sempurna,
takkan pernah sempurna.
tapi bukan dengan ketidaksempurnaan itu,
aku menyalahkan takdir,
dan terus menyalahkan.
tapi ketidaksempurnaan itu mengajar aku,
yang aku tak keseorangan,
takkan pernah seorang,
kerana aku masih punya ya Rabbi.
Tuhan yang sempurna,
Tuhan yang sentiasa menjaga.

Pengikut