Rabu, 21 Oktober 2009
if
Ahad, 11 Oktober 2009
Dan Bila Takdir Mula Menulis
Dan bila takdir mula menulis..,
Mengatur hidup manusia…,
Kadang-kadang terjadi yang tak disangka….,
Dan bila takdir mula menulis…,
Baru manusia sedar..,
Yang dunia ada pemiliknya..,
Ada pengaturnya…,
Dan bila takdir mula menulis…,
Menulis apa yang diperintah pemiliknya…,
Manusia hanya mampu menerima…,
Dengan tabah dan redha..,
Kerana bila takdir mula menulis….,
Hanya Dia yang tahu disebalik itu…,
Dan bila takdir mula menulis…,
Tulisan itu tidak dipadam..,
Kekal jadi memori..,
Kekal dalam sanubari…,
Hanya Dia yang mampu mengubahnya…,
Apabila takdir mula menulis…,
Jalan cerita manusia….,
Moga episodnya bahagia…,
Dan jika episod itu bertukar derita….,
Hanya pada-Nya kita meminta…,
Dan bila takdir itu menulis…,
Ia akan terus menulis…,
Takkan berhenti..,
Biar ada epilog duka…,
Kerana dunia bukan hanya suka….,
Specially dedicated to one of my best friends, Mohamad Hafiz b. Azmi, and i pray the best for him to be better soon....,