Rabu, 6 Oktober 2010

Normal Yang Hilang

bila sistem saraf mengawal manusia,
bila hati dan perasaan menguasai minda,
segala kelakuan mengatasi norma.
rasionalku hilang entah kemana.
merayau-rayau aku mencari jalan pulang,
untuk kembali ke asalku,
namun masih aku kaku untuk berfikir.
apa harus aku lakukan?
suara-suara di belakangku,
yang versinya masing-masing tak sama,
menganggu akalku.
ah, sudah!
biar aku sendiri,
biar aku berfikir,
kerana yang akhirnya,
aku yang akan percaya,
apa yang harus aku percaya.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Langit Lukis Dengan Krayon.

saat aku dongak,
indah.
biru, putih.
kadang-kadang kelabu,
itu warnanya.
rasa tenang itu,
terus ke hati.
aku cuba tutupkan mata,
nyata hilang.
lantas aku kembali,
merenung kanvas itu.
saat ia bertukar hitam,
dan kelip-kelip keemasan menghiasi,
aku masih di situ,
merenung langit lukis dengan krayon.


Jumaat, 1 Oktober 2010

Entah.

Entah, penat, marah, sedih.
satu rasa,
bercampur-baur.
sampai bila,
entah.
bukan sekali dua,
tapi masih.
benar kata mereka,
hati itu rapuh.
pecahnya mudah,
bercantum payah.
entah,
mungkin ini yang terakhir,
mungkin juga ada lagi.
entah,
masa depan itu,
bukan hak sesiapa meneka.
hanya satu yang tahu,
dan itu tak ku ragu.

Selasa, 28 September 2010

Kita Yang Kadang-Kadang Terlupa.

dunia yang dicipta sementara,
memang indah buat pencintanya,
sedang yang lebih indah,
menanti disana.
kita yang kadang-kadang terlupa,
tugas sebenar sebagai manusia,
lupa yang kita hidup,
ada penciptanya.
kadang-kadang kita ikut hati,
kadang-kadang kita ikut rasa,
yang akhirnya binasa.
kita lupa dan alpa,
dan kadang-kadang sekadar buat tak endah,
sedang yang itu yang utama,
dan yang itu yang wajibnya.

Selasa, 27 April 2010

Aku Muslim

dengan nama tuhanku,
aku bersaksi,
tiada tuhan melainkan Dia,
dan Muhammad itu rasul-Nya.
iya, aku ini muslim,
dan tidak aku sembunyikan itu,
biar dari lafaz, perbuatan atau niatku,
cuma terkadang aku alpa dan leka.
dunia.
memang terciptanya begitu,
sedang dunia semakin tua,
anak-anak muda yang singkat usianya,
masih mengejar nikmat,
yang sifatnya sementara.
janji tuhan itu benar wahai manusia,
mengapa kau mendustainya?
iya, aku muslim,
biar diskriminasi di mana-mana,
tetap aku teguh memegang iman,
yang begitu rapuh persis kaca,
yang goyah, yang bila-bila masa bisa runtuh,
namun syukurku terhadap tuhanku,
masih Dia menyayangi aku,
menyinari aku dengan hidayah-Nya,
membiar aku hidup dalam agama-Nya.
iya, aku muslim,
biar aku hidup begini,
dan biar aku mati juga begini.

Selasa, 2 Mac 2010

Kah?

baikkah?
kalau iya, teruskan.
jika tidak, berhenti.
haruskah?
fikirlah jawapannya,
jika sudah,
buatlah keputusan.
mengapa?
itu sungguh subjektif,
mana, bila, bagaimana, siapa.
dunia, soalan dan jawapan,
itu satu.
dan manusia itu objek,
yang hidup,
penuh tanda tanya.

Pengikut