Rabu, 8 Disember 2010

Kawan Baik Faris.

entah berapa ramai yang datang uji bakat. tak siapa tahu angka sebenar. faris mulakan sesi solekan dan dandanan. lengkap mengenakan baju warna merah jambu. faris berjalan lemah lembut diikuti beberapa orang lelaki kamera sambil merakam setiap perlakuan faris. dia duduk. entah apa katanya pada peserta ujibakat rancangan realiti terbaru terbitannya sendiri. faris adalah anak seorang usahawan terkemuka dunia. dia sendiri pernah menerbitkan album nyanyiannya sendiri. namun tidaklah sehebat datuk siti nurhaliza kalau nak dibandingkan kemantapan vokalnya. selain itu, dia mempunyai rangkaian jenama pakaian dan minyak wangi. tapi agaknya faris sudah tidak ada kerja. sebab itu dia buat rancangan televisyen cari kawan baik. saja nak raih populariti yang hilang. tapi yang datang ujibakat pun macam tak semegah saja. ah, cerita faris ni pun sama. entah buang tebiat gamaknya. yang peserta pun satu, macam tak ada hidup sendiri. nak jadi kawan baik faris pula. hey, dapatkan kehidupan lah! jadi kawan baik faris sama macam jadi hamba abdi. yang datang semuanya berpakaian seksi. ikut gaya faris. tidak kurang yang berbikini. aku pun taktahu kesudahan cerita kawan baik faris ni. kau tanyalah mana-mana faris. dia boleh jawab. babai!

Selasa, 7 Disember 2010

Kurung Putih Bunga Biru

kurung putih bunga biru itu,
mama yang beri,
untuk hari raya katanya.
kurung putih bunga biru itu,
dari kain kapas,
selesa.
kurung putih bunga biru itu,
aku pakai pada satu hari raya,
cantik,
kata mama.
kurung putih bunga biru itu,
sekali lagi aku gayakan,
pada hari graduasi.
biar waktu itu mama tak ada,
tapi kurung putih bunga biru,
yang mama beri,
jadi peneman aku,
kala dia jauh.

Kahwin.

bila sebut pasal kahwin. pasti ramai yang teruja. tapi jujurnya aku belum rasa yang sama. lantak kau lah nak kata aku apa. kau tak kenal aku sangat pun. sedang aku pun belum kenal dengan diri aku. belum tahu apa yang sebenarnya aku mahu. ya, ada beberapa kenalan aku yang sudah atau mahu berumahtangga musim cuti sekolah ini. tahniah. dah sampai jodoh mereka. tapi aku yakin mereka orang yang matang. sudah mampu memikul tanggungjawab baru dalam hidup. bukanlah nak kata aku tak matang. tapi tak sangat lah. haha. kawan-kawan aku malah tak percaya aku boleh masak. ciskek. boleh lah sikit-sikit. tak adalah hebat. kalau ada resipi, kata saja. aku buatkan. tapi syaratnya satu buku resipi lah. kadang-kadang ada juga terma dan syarat yang aku tak faham sangat dalam dunia masakan ni. well, i learn how to cook from my dad, you know. eh, tercakap bahasa alien pula. sungguh tak ada kena mengena dengan tajuk aku hari ini. satu hari nanti mungkin aku rasa nak kahwin. tapi bukan sekarang. banyak lagi yang ingin aku lakukan. ya, kau mungkin akan cakap macam lepas kahwin tak boleh buat. betul. tapi aku lebih selesa menjadi bujang untuk merealisasikan impian aku yang tak adalah banyak mana. haha. tapi kalau mana-mana siapa-siapa yang ingin bergelar ibubapa muda silakan. aku malah menyokong. tapi kau janganlah paksa aku pula jadi yang sama. kita hidup pendirian kita lain-lain. sedang rupa pun lain-lain apatah lagi pendapat. dan jangan pula kau sangkal apa yang aku cakap. kau kena ingat. kita merancang tuhan menentukan. sebab Dia tahu yang terbaik. tapi secara peribadi aku masih belum ingin membicarakan soal nikah kahwin secara terbuka lagi. tapi siapa tahu esok lusa aku berubah fikiran. kita tak pernah tahu masa depan jadi jangan pernah persoalkan. aku cuma bicara rasa hati. bagi yang dah mahu berumahtangga tu, tak reti-reti nak bagi kad jemputan kat aku kah? haha. sampai sini dulu aku dan kisah kahwin mereka. babai!

Cerita Pendakap Gigi.

dia duduk di hujung sekali. dekat dengan pintu jalan ke tandas. hari ini dia awal. tepat pukul 2 dia sudah terpacak di kaunter depan menghulur kad biru yang mencatat amaun dan tarikh temu janji. tak tahu kenapa dia memilih tempat paling hujung. selesa agaknya. atau mungkin juga dekat dengan bilik yang biasa dia bertemu doktor. 10. atau 15 minit dia menunggu namanya dipanggil. ada juga 2,3 orang yang datang selepasnya. pintu dibuka. tersembul kepala jururawat menjengah keluar memanggil nama. dia masuk. menyapa doktor berketurunan india yang bersiul-siul gembira. senang hati agaknya. selipar warna hijau dengan gambar biri-biri dibuka satu-satu. dia baring. jururawat meletakkan kain serupa napkin diikat lembut pada lehernya. mulut dibuka. bermulalah episod pembegaan seorang doktor gigi terhadap pesakitnya. satu-satu getah warna-warni itu dibuka untuk diganti yang baru. barisan warna yang cantik-cantik mengaburi matanya untuk memilih. tapi akhirnya dia memilih hijau dan merah jambu. selesai sudah satu lagi temu janji. ada lagi untuk bulan hadapan. rutin harian budak si pendakap gigi. untuk setahun, dua lebih kurang.

Isnin, 6 Disember 2010

Kisah Si Pemotong Daging.

daging itu dibiar dalam peti sejuk beku beberapa hari. atau lebih tepat beberapa minggu. lebihan hari raya haji hari itu. pagi-pagi lagi si pemotong sudah bangun. tapi bukan untuk memulakan pekerjaannya. hanya sekadar meletakkan daging beku tadi dalam ketuhar yang tak dipasang. si pemotong tidur balik. bangun balik tepat pukul10. ke ruang tamu. mencari sofa. dapatkan posisi yang betul. dan kembali tidur. niatnya 10.30 bangun dan mandi tapi terlajak 10.40. lebih kurang pukul11 dia ke dapur. mencari daging dalam ketuhar. berfikir sejenak. potong daging atau kupas bawang. keputusan dicapai. potong daging. satu-satu daging yang belum habis beku itu dipotongnya. hampir sahaja salur darah meletus dek kesejukan yang amat sangat mengecutkan arteri vein. (sesungguhnya aku tak dapat berfikir perkataan yang betul untuk itu). entah apa yang difikirkan oleh si pemotong. mak abah yang berada di mekah. keputusan peperiksaan yang bakal keluar. ah, bercelaru! kata si pemotong daging. daging di lapah. besar. kecil. akhirnya siap. hanya beberapa minit. air paip memenuhi periuk dan diletakkan atas tempat memasak. dibiarkan air itu mendidih sambil si pemotong mengupas bawang. 3bawang kecil dan 2 bawang putih. macam banyak. memang banyak pun. selesai bermain dengan bawang, tiba giliran kayu manis menjadi mangsa patah. diikuti bunga lawang 2kuntum. dibasuh elok-elok. satu lagi periuk atas tempat memasak. minyak. bawang putih dan bawang merah. kayu manis dan bunga lawang. kicap manis cap dirahsiakan. sos tiram jenama suka hati kau. air satu mangkuk. harini memang si pemotong nak ajar kau cara memasak. tapi kau tau nak masak apa? tanyalah si pemotong sendiri. daging yang si pemotong lupa nak cerita masuk dalam air mendidih tadi beralih periuk. sedang tunggu daging empuk, pemotong teringat kentang dalam peti sejuk. dia perlahankan api dan segera mengupas kentang. dipotong dengan hati-hati dan dicampak dalam daging tadi. dibiar. dibiar. dibiar. si pemotong bagi adiknya rasa. hurm~ sedap. katanya. si pemotong rasa puas hati. hampir satu rumah dicanang tentang kehebatan masakannya hari ini. lauk siap. si pemotong suka hati. dia senyum lebar sebab hari ini ada orang puji. ;D

p/s: kau tau siapa pemotong daging tu? ingat dapat aku nak cerita. haha.

Sabtu, 4 Disember 2010

Emosi.

emosi sungguh catatan aku semalam. kau percaya tak aku boleh jadi emosi macam tu? hei, aku pun manusia lah. kadang-kadang terluka. atau mungkin aku saja yang melebih-lebih. haha. maafkan aku. aku pun tak tahu kenapa aku biarkan imaginasi liar aku menjalar. seronok juga sebenarnya. aku rasa berat badan aku bakal turun lagi. baguslah. nanti boleh aku pakai semua baju. haha. tapi kawan-kawan mungkin risau nanti. risaukah mereka? haha. untung saja kalau mereka risau. apa-apa pun terima kasih semua. ah, sudah! aku lari topik lagi. apa lagi yang aku nak cerita tentang emosi aku? yang penting aku dah penat nak mengharap. macam main lumba lari pula aku nak penat. seperti kata orang pangkor laut hari itu. i will get over you. ouh~ adik aku nak balik penang. dia pesan. masak saja apa-apa lain kali. asalkan beri mereka makan. haha. aku rasa bersalah pula. baiklah, neng. esok bikbik masak ya. maafin. okay, lauk dah sampai. biasalah. sekarang semua ada penghantaran percuma. haha. kau percaya? tak payah lah. aku tipu saja. sampai di sini aku emosi. babai!

Jumaat, 3 Disember 2010

Saya Suka.

saya suka bila awak kata selamat malam,
biar pukul 1 pagi.
saya suka bila awak ucap selamat pagi,
walau saya tak bangun lagi.
saya suka bila awak telefon saya berkali-kali,
waktu hari jadi awak.
saya suka bila awak buat-buat kecil hati,
saya suka bila awak suruh saya makan,
saya suka bila awak nak dengar cerita saya,
saya suka bila awak nak cuba dengar lagu korea,
saya suka bila awak layan saya bercerita,
saya suka bila kita main tukar-tukar status,
saya suka bila awak tanya saya soalan asas,
saya suka bila awak panjangkan mesej saya,
saya suka bila awak pun bercerita,
senang kata saya suka semua.
tapi mungkin saya seorang yang suka,
awak mungkin tak rasa apa-apa.
tapi sekarang dah tak ada,
saya hairan kenapa.
tak apalah,
saya cuma nak ucap terima kasih,
sebab buat saya tersenyum,
walaupun sekejap.
terima kasih dengar cerita gila saya,
terima kasih percaya cita-cita saya,
terima kasih sebab sokong saya,
terima kasih ya.
saya suka.

Pengikut