Selasa, 28 Disember 2010

Warkah Cinta Untuk Kekasih.


padamu kekasih,

ingatkah lagi kau pada mula-mula kita berjumpa? kau pakai baju kotak-kotak. berdiri kat seberang jalan sana. seorang. dan aku seorang di seberang jalan lagi satu. tiba-tiba kau melintas. dengan penuh macho. agaknya. kau datang berdiri di sebelah aku. soalan pertama. "bas nak pergi bandar dah pergi ke? maaf saya baru kat sini". terkezut mak sebab kau tanya tiba-tiba. atau sebab aku neves sangat? aku pun taktahu. biasalah, malu-malu. hikhik! aku jawab dingin. cover kejutan yang aku terkena tadi. "belum". ringkas saja. kemudian kau tanya aku banyak pulak soalan. dalam hati, cukup-cukuplah tanya. nasib baik kau comel. aku layan je. haha. bermula dari situ, setiap hari pada pukul 2 petang lepas solat zohor aku akan tunggu bas di tempat yang sama. sebab nak jumpa kau. walaupun sebenarnya aku bukanlah nak pergi mana pun. sungguh bermotif aku ni. bibit kemesraan pun mulai timbul antara kita. aku akui itu. kita pun dah tak jumpa kat stesen bas tu. aku pun penat kot hari-hari nak pergi situ. kalau kau dari awal minta nombor telefon aku kan senang. kenapa kau lambat sangat nak bertindak? setiap hari peti surat henpon aku dipenuhi dengan mesej-mesej dari kau. gembira tak hengat. tapi semuanya tak lama. hinggalah satu hari kau nyatakan hasrat kau nak jadi artis. kau minta aku tolong kau. dengan susah payah aku lakukan segala yang aku termampu untuk kau. dan hasilnya. hari ni kau dah cukup popular. tapi kau tinggalkan aku macam tu saja. ciskek! rupa-rupanya kau cuma jadikan aku boneka. sebenarnya dari awal lagi aku dapat rasa tapi aku kesian dengan kau tak ada siapa nak kawan. okay, aku cover. sekian. semoga kau berjaya dengan hidup kau.

p/s: cerita ini tak ada kena mengena dengan sesiapa yang berkait dengan hidup aku. cuma haritu aku dengar sinar fm. ade cerita macam ni. aku pun terasa nak buat satu. tapi aku rasa macam garapan aku tak berapa baik. apa kata kau tolong buat yang lebih hebat? haha. babai!

Sabtu, 18 Disember 2010

Aku, Dia dan Mereka.


aku, si gila.

dia, si gemuk.

mereka si zirafah dan deneso.

tak banyak yang aku nak cerita. cuma cukuplah kau kenal mereka. kenapa? saja. saja nak bagi mereka sikit popular. takkanlah cuma artis nak popular. mereka pun. termasuk aku. mengaku dengan muka tak malu. semoga lepas ni, mereka akan dikenali di seantero dunia. ya, harapan besar. mungkin atau tak. dua-dua ada kemungkinan. jangan kau tak percaya. impossible is nothing. kata satu jenama. haha. babai!

Rabu, 15 Disember 2010

Sekalipun.

sekalipun aku tak punya kau,
aku masih punya Dia,
Tuhan yang Maha Esa.
sekalipun kau bukan milik aku,
aku sentiasa milik Dia,
Tuhan yang perkasa.
sekalipun kau tak di sisi aku,
Dia sentiasa di situ,
menemani aku yang kadang-kadang terlupa.
sekalipun tiada siapa membantu aku,
Dia sentiasa ada,
memberi petunjuk-Nya.
sekalipun aku lupa,
tapi Dia tak pernah lupa dengan hamba-Nya.
sekalipun aku berduka,
hanya pada Dia,
aku mohon agar luka itu pergi,
kerana sesungguhnya luka itu,
Dia yang bagi,
dan hanya Dia yang mampu menghilangkannya.

Saya Sedih. Aku Emosi. I Kecewa.

.........................

Selasa, 14 Disember 2010

Jadi Aktivis.

harini aku berangan jadi aktivis. tak. bukan harini saja. dah berhari-hari. tapi jujurnya aku taktahu nak mula dari mana. haha. aku memang banyak impian. macam mana aku boleh cerita pasal aktivis hari ini? macam ni. aku biasalah. orang tak ada kerja. tanam anggur tak besar-besar. pergi mengejar tanpa diketahui (stalk, kalau kau tak tahu) siapa-siapa yang aku rasa menarik. ya. itu memang hobi masa lapang. aku buka satu laman blog. tumblr namanya. siapa punya kau tak perlu tahu. biar aku saja cerita. aku cuba buka satu video. aku tunggu dia warna kulit sampai kuning. buff katanya dalam bahasa alien. aku ambil alat pendengar nak bagi jelas. 12 minit aku terpaku. pemerdagangan manusia. itu kata Sunitha Krishnan. terpana dengan kehebatan dia bersuara. hebat. jangan hanya terpana dengan kehebatan dia. sesuatu harus kita lakukan. sekurang-kurangnya ceritakan kisah ini kepada dua orang dan dua orang itu lagi setiap satunya cerita tentang kisah ini kepada dua orang lagi. kata Sunitha Krishan. biar kisah itu berlaku di India, jangan ingat tiada di Malaysia. apa kau tak buka televisyen tengok iklan pemerdagangan manusia? kebanyakan mereka yang diperdagangkan menjadi pekerja seks dan diseksa seperti kalau boleh aku katakan di sini, binatang. dari apa yang aku tonton tadi, memang hebat penderaan ke atas mereka. sesuatu yang mungkin kau tak dapat bayang pun. anak-anak yang lahir hasil dari pekerjaan ini pun berisiko sangat tinggi untuk menghidap penyakit berbahaya seperti HIV Aids. kata Sunitha Krishna jika kita asyik duduk berpeluk tubuh, mereka yang menjadi mangsa ini akan menganggap itu perkara biasa dan sampai bila akan terus berlaku? jadi walaupun aku belum jadi aktivis hebat macam Sunitha, tapi sekurang-kurangnya aku khabarkan cerita ini pada kau supaya kita sama-sama ambil ikhtibar. semoga satu hari nanti tak ada lagi kisah dagang mendagang manusia. tapi sedap juga kalau dapat makan nasi dagang panas malam-malam ni. haha. sampai sini coretan penuh bersemangat aku. semoga ada lagi di lain masa dan kau baca. babai! selamat menjalani hari yang indah. ;)

Ahad, 12 Disember 2010

Aku Tak Biasa Tidur Lewat.

sejak dua menjak ini, memang dia tidur awal. pukul 12 sudah siap siaga di atas katil lengkap berselimut dengan bahan kimia penghilang jerawat atas kulit wajahnya. tapi entah kenapa hari ini, dia memilih tidur lambat sikit. atau banyak. dia sibuk berada di atas talian sambil menghadap skrin komputer riba yang terlalu terang dek suasana gelap yang menyelubungi bilik berhawa dingin itu. yang lain sudah lena diulit mimpi indah. ada juga yang berdengkur. banyak yang berlaku malam ini. dia bercerita kisah sebenar pada seseorang. dia berkomentar dengan bekas rakan kelasnya sewaktu menuntut di melaka dulu. dia menyebut nama kawan atas taliannya di kegugupan (maksud aku twitter. cuba kau google. haha.) yang acapkali lapar. tapi dah pukul satu setengah pagi jam malaysia. masing-masing khusyuk dengan bola. dia buntu. mungkin dia patut tidur. resolusinya berbeza dengan cara penrealisasian yang seharusnya berlaku. mungkin sekejap lagi. atau 2,3 kejap lagi. dia berfikir. ah! kemalasan yang berhurung di kotak fikirannya tambah serabut dengan kehadiran sesawang lelabah. mungkin dia patut tidur sahaja. esok ada lagi. kalau ada umur dan rezeki. babai!

Khamis, 9 Disember 2010

Suasana Hati.

telefon tangan skrin sesentuh berbunyi nada dering bajingan rata, kenapa tunggu. dijawab. "hei, keputusan peperiksaan dah keluar.". kata intan tak berapa gembira. si penjawab panggilan terus ke komputer meja di ruang tamu. buka laman sesawang. berdegup-degup hatinya tak tenang. dia buka portal pelajar. masukkan semua data yang diperlukan. lambat sedikit tapi masih boleh mendapatkan melalui laman tersebut. anak panah dihalakan pada satu butang. ditekan penuh hati-hati. keluar. ouh~ hanya itu yang terpacul dari mulut si penjawab panggilan tadi. tiba-tiba dia menjerit. tak keruan. tapi akhirnya dia sendiri mendapatkan normalitinya. tak ada yang gagal. cuma. tak apalah. ada lagi beberapa semester untuk mencuba. katanya cuba menyedapkan hati. muka buku dibuka. status dinaik tarikh. hari ini suasana hati si penjawab panggilan murung. dia tidak mahu kalau boleh berhubung dengan sesiapa. dia kemudian masuk ke bilik di mana komputer riba peribadi miliknya tersadai. dia buka perlahan-lahan. cakera keras luaran milik si penjawab panggilan dimasukkan pada bahagian siri bas antarabangsa biasa dicucuk. hari ini dia cuma mahu sesuatu yang lucu. cerita, drama atau seseorang yang boleh buat dia ketawa. dia nak mengangkat kembali suasana hatinya yang tak berapa gembira. tak apalah. lain kali kita cuba lagi. kata si penjawab panggilan berkali-kali.

Pengikut