hari ini dia aktifkan balik muka buku. 10 hari rasanya. haha. kenapa? sebab dia dah kembali normal. tak ada lagi rasa bengkak yang menghuni, tak ada lagi rasa rindu yang memburu, tak ada lagi rasa suka yang menghurung. dia kembali menjadi yang pernah satu masa dulu semua orang kenal. mungkin bukan semua orang, tapi siapa yang tahu pasal dia, tahu dia siapa. biarlah mereka yang lain mahu berkata, tak siapa boleh menghalang. yang dia tahu dia sudah sembuh. dia lebih gembira. tambah tambah dengan semua yang tersayang ada. ya, dia lebih baik. semoga hari hari yang mendatang menjadi pengganti hari hari dulu yang pernah jadi episod duka.
entah mana datang kekuatan itu, dia hari ini sesungguhnya rasa lebih bagus dan rasa sedikit angkuh. mungkin dia fikir tak ada gunanya sepanjang masa sedih dan serabut. itu sikit pun tak membantu. hari ini, dia fikir dia mahu satu permulaan yang baru. dia mahu kembali kuat seperti yang pernah dia jadi. kau, akan dia lupa sebagai seorang yang pernah bermakna. tapi kau takkan pernah luput dari senarai kawan yang pernah dia ada. kau tak pernah salah. cuma dia. dia nak ucap terima kasih kat kau sebab pernah jadi seseorang yang cukup bermakna. ya, mungkin tak pernah jadi apa apa tapi itu sesuatu yang cukup indah bagi dia. cukuplah. dia cuma nak cakap semoga kau bahagia dengan sesiapa yang bakal menghuni menjadi suri. kau gembira, dia gembira. mungkin dengan cara yang berbeza. Tuhan itu adil. Dia ada caturan yang hebat untuk hambaNya. dia yakin. kalau ada rezeki, dia akan berjalan ke luar negara. mungkin akan membuatkan dia berasa lebih baik. ya, lebih baik. sekian. bai.