Isnin, 18 Mac 2013

Redha

jika ini ujian Tuhan terhadap aku,
maka aku redha.
Dia sebaik-baiknya pencipta,
serta rencana-Nya cuma yang sempurna.

Sempurna

jika sempurna yang kau cari,
jadi bukan aku.
love me as i am,
i have nothing good to present.

Ahad, 17 Mac 2013

Mati

andai aku mati,
aku akan bawa dosaku bersamaku,
dan pahala yang sedikit cuma.
dan aku mohon semua,
maafkan aku.
putus sudah aku dengan hidup,
dan segala amalan,
yang banyak mana Tuhan terima aku taktahu,
akan jadi peneman,
dan pemberat di neraca akhirat.

Sabtu, 16 Mac 2013

Perempuan

perempuan.
satu kali dalam sebulan.
tahan.
kerana dia seorang perempuan.

Bisu

biar kebaikan itu tak bersuara.
tak siapa tahu.
kerana Tuhan mu ada.

Musnah

kekecewaan itu,
mengajar aku,
atau memusnahkan?

Jumaat, 15 Mac 2013

Tak Mampu

kalau setakat itu yang aku mampu,
jadi cuma setakat itu.
yang lain kerja Tuhan.
kau, aku perlu tunggu.

Pengikut