Rabu, 27 Mac 2013

Tak Sama.

tak.
kita tak sama.
misi kita berbeza.
tapi kerana satu.
kita ketemu di situ.

Sempurna III


sempurna yang takkan pernah kau dapat dari aku,
tapi jadikan ketidaksempurnaan aku untuk sempurnakan kau.
begitu juga aku sebaliknya.

Isnin, 18 Mac 2013

Sempurna II

aku tak sempurna,
takkan pernah sempurna.
tapi bukan dengan ketidaksempurnaan itu,
aku menyalahkan takdir,
dan terus menyalahkan.
tapi ketidaksempurnaan itu mengajar aku,
yang aku tak keseorangan,
takkan pernah seorang,
kerana aku masih punya ya Rabbi.
Tuhan yang sempurna,
Tuhan yang sentiasa menjaga.

Redha

jika ini ujian Tuhan terhadap aku,
maka aku redha.
Dia sebaik-baiknya pencipta,
serta rencana-Nya cuma yang sempurna.

Sempurna

jika sempurna yang kau cari,
jadi bukan aku.
love me as i am,
i have nothing good to present.

Ahad, 17 Mac 2013

Mati

andai aku mati,
aku akan bawa dosaku bersamaku,
dan pahala yang sedikit cuma.
dan aku mohon semua,
maafkan aku.
putus sudah aku dengan hidup,
dan segala amalan,
yang banyak mana Tuhan terima aku taktahu,
akan jadi peneman,
dan pemberat di neraca akhirat.

Sabtu, 16 Mac 2013

Perempuan

perempuan.
satu kali dalam sebulan.
tahan.
kerana dia seorang perempuan.

Pengikut