Khamis, 6 Ogos 2009

Andai Takdir Itu Aku Yang Cipta

Andai takdir itu aku yang cipta,
akan aku jadikan dunia ini,
milik aku dan si dia,
andai takdir itu aku yang cipta,
akan aku jadikan semua impian,
tertunai akhirnya,
andai takdir itu aku yang cipta,
akan aku jadikan setiap umat bumi ini,
berbahagia sampai bila-bila,
tapi,
bukan aku penciptanya,
bukan aku milikinya,
aku juga seorang yang takdirnya,
belum lagi diketahui,
belum lagi dieksplorasi,
takdir itu bukan aku yang cipta,
tapi akan aku jadikan takdir itu,
satu penentu,
yang aku akhirnya menjadi aku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut