Jumaat, 11 November 2011

Kejadian Semalam.

berikut adalah rentetan kejadian kejadian yang berlaku.

peristiwa pertama:

punya cantik parkir aku. muat muat masuk dalam kotak. sedia menuju ke klinik gigi tapi tayar senget. aku cuba betulkan tapi terkunci stereng. aku dah menggelabah ayam. aku minta tolong seorang pakcik pos. dia pun tak tahu. aku telefon adik aku. barulah okay. tapi masalah baru, penggera kunci sering berbunyi. ah. apa semua ini. setelah aku cuba ralat, akhirnya kereta aku tinggalkan dengan selamat.

peristiwa kedua:

aku dengan yakin pergi kedai runcit ambil semua barang yang aku nak. bila waktu aku nak bayar, duit tak cukup. terpaksa kurangkan barang. malu? aku tak rasa apa pun. dah memang aku tak cukup duit.

peristiwa ketiga (dan yang paling teruk):

aku masuk kereta dan memandu. tapi lepas tu aku teringat mak aku suruh beli cekodok kat restoran hujung kedai runcit tadi. aku patah balik. ulang suara. aku patah balik. aku patah balik sebab nak beli cekodok mak aku. aku cuba parkir lagi sekali. malangnya, aku tersalah tekan pedal minyak. kemalangan. langgar pagar stesen hab TNB. masuk longkang tapi aku terer. dah masuk longkang pun masih berjaya keluar dari situ dan parkir dengan sempurna. tapi semua orang dekat restoran tu semua dah pandang aku. aku pelik. aku keluar. rasa nak pengsan kat situ jugak. ada minyak banyak gila keluar. dah lah warna merah. dah macam darah dah aku tengok. bumper lari. apa tah lagi adik aku bagitau yang rosak. yang penting rosak bukan sekadar calar. aku taktau nak buat apa. orang ramai kat restoran tu cuma pandang aku. CUMA PANDANG. tak ada seorang pun yang datang tanya atau buat buat nak tolong. aku telefon mak aku. macam biasalah. macam tak biasa pulak. kena marah. adik aku datang dengan kawan dia. dia selesaikan semua benda. aku balik. adik aku hantar. memang tak adalah kan orang nak kata. tak apa. benda dah jadi. ouh. tak. kawan kawan burung biru semua kata, sekurang kurangnya aku ada lagi. itu nasib baik aku teringat nak baca ayat kursi. kalau aku tak baca, dengan aku aku masuk bengkel rasanya. untung kalau masuk bengkel. kalau masuk alam lagi satu. aku cuma harap semua orang maafkan aku. okay. jauh sangat tu. tapi tak adalah teruk pun aku langgar pagar tu. sebab aku tengok pagar tu macam elok. haha. kereta saja yang teruk. aku tunggu abah balik. aku takut dan gelabah gila abah aku nak marah. tapi bila abah balik, abah cuma tanya apa jadi. itu saja. sebenarnya memang itu yang abah akan buat pun. sejak balik dari Mekah tahun lepas, aku nampak abah jadi tenang sikit. kalau ada apa jadi, abah tenang saja. mungkin aku yang belum biasa. jadi aku asyik fikir abah nak marah aku. tapi tak. abah cuma tanya. dan itu saja. dan lagi satu, nasib baik aku sorang. kalau jadi apa apa, aku yang kena. aku tak perlu nak bertanggungjawab atas orang lain.

moral 3 peristiwa tersebut: bacalah ayat kursi sebelum keluar rumah. sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut