Selasa, 20 Mac 2012

Mengharap.

kurung merah jambu bunga ungu di sarung. tak lupa bawal kelabu di kepala. dia berjalan ke stesen bas depan rumah. lapan tiga puluh. ada ramai yang menunggu. ini tak biasa. detik hatinya. bas yang dinanti tiba, tapi. ah. penuh. mujur dapat dia membolos meletakkan dirinya dalam tasik manusia yang berhimpit bak ikan sardin dalam tin. dia lewat tiba. kelas sudah bermula hampir sepuluh minit. kertas yang diedar dan dibaca sudah hampir separuh. kelas waktu pertama agak bosan. dia tidur dalam kelas. mungkin agak kurang manis seorang gadis tidur dalam kelas apatah lagi di waktu pagi tapi dia tak peduli. sepuluh setengah, kelas kedua bermula. mata mula meliar mencari seseorang. tapi jam hampir menunjukkan sebelas sepuluh. ah. mujur syarahan tak lama. seterusnya cuma aktiviti kumpulan berdua. dia kecewa. tapi mungkin dia yang salah. dia terlalu dewasa untuk masih berfikir seperti kanak kanak. atau mungkin tak cukup dengan pengalaman lalu yang mengajarnya. atau mungkin juga dia tak pernah putus asa. kompilasi andaian andaian lengkap. entah. atau mungkin sekadar ingin mengisi hati yang kosong. apa mungkin cukup dia bersedia untuk sekali lagi mengarang bunga menghiasi tanah tandus yang kering yang cuma dihiasi sisa buah buah manis yang dulu pernah mekar? entah. dia sendiri tak ada jawapan. cuma Tuhan yang tahu. kerana Nya lah yang mengatur perjalanan hidup dia yang masih panjang. atau pada fikirannya masih.

1 ulasan:

  1. dia masih muda..perjalanan masih jauh untuk sampai ke penghujung dunia..tapi perjalanan kehidupan tiada siapa yang tahu bilakah penamatnya..^_^

    BalasPadam

Pengikut