Selasa, 30 Oktober 2012

Cinta dan Khianat.

0020. aku lihat skrin telefon bimbit. kosong. entah dari siapa yang aku tunggu walau sebenarnya aku tahu. kecewa? tidak. cuma sedih. rasa seperti diperbodohkan. biar luar aku segar dek basahnya air mengalir mandi tadi tapi bukan dalaman. dalaman rasa lunyai, lesu, tak bermaya. aku duduk. mengenakan rutin harian untuk muka. sikit sikit aku letakkan cecair putih lutsinar atas permukaan wajah yang tak secantik mana namun syukur lengkap sempurna anugerah Tuhan yang Esa. selesai. aku ambil komputer riba. cuba mencoret apa yang aku rasa. betrayal. huh. entah mana pergi waras aku. percaya yang kau akan tunggu. mungkin aku yang berharap terlalu tinggi. mana ada lagi lelaki seperti itu wujud. atau mungkin ada. cuma aku tak lagi percaya. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. tak perlu aku kira berapa. penat dah rasanya. biar tak pernah bercinta tapi aku dah rasa putus asa mencari. bila ada yang luahkan rasa suka, tapi hanya setakat itu. tak mencuba lebih jauh. aku sendiri taktahu. mungkin semuanya salah aku. aku yang terlalu ego. aku yang terlalu ikut perasaan. bermain dalam permainan yang menjerat aku sendiri. akhirnya aku yang kalah. aku berdosa. aku tahu. malah Tuhan lebih tahu kebenaran itu. untuk kau dan kau. aku takkan pernah membenci sebab kau dan kau pernah jadi sebahagian fantasi masa depan aku. biar sayang itu pudar dan hilang tapi ingatan itu kekal. biar kau dan kau berbahagia dengan sesiapa sahaja yang di sisi. aku? cuma mohon jangan, jangan, jangan pernah sesekali cuba untuk sekali lagi menjadi sebahagian hidup aku. sikit pun aku tak mahu. biar aku bebas dari belenggu kau dan kau si masa silam aku. biar hidup tentukan kemana hala aku nanti. cukup sampai sini. aku tak mahu kau dan kau jadi penghalang. aku ada cita cita. aku ada impian. sampai aku capai apa yang aku mimpi. semoga dalam perjalanan nanti aku ketemu si dia yang bakal menemani aku menjadi peneman setia hingga ke alam seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut