Selasa, 22 Januari 2013
Cinta Tuhan.
duduk. masih di hadapan komputer riba. masih pantas jari jemari menaip di laman sosial burung biru. membebel yang entah apa. saat tersedar yang aku juga tersasar. aku juga terkial. aku juga terlupa. lupa yang aku sendiri tidak mencari cinta Tuhan ku. masih. masih mahu bercakap tentang orang lain. Tuhan, aku ini khilaf. takkan pernah sempurna. akan selalu terleka. jadi, ingatkan aku. apa cara sekalipun. agar aku sentiasa berada di landasan-Mu. Amin.
Selasa, 30 Oktober 2012
Cinta dan Khianat.
0020. aku lihat skrin telefon bimbit. kosong. entah dari siapa yang aku tunggu walau sebenarnya aku tahu. kecewa? tidak. cuma sedih. rasa seperti diperbodohkan. biar luar aku segar dek basahnya air mengalir mandi tadi tapi bukan dalaman. dalaman rasa lunyai, lesu, tak bermaya. aku duduk. mengenakan rutin harian untuk muka. sikit sikit aku letakkan cecair putih lutsinar atas permukaan wajah yang tak secantik mana namun syukur lengkap sempurna anugerah Tuhan yang Esa. selesai. aku ambil komputer riba. cuba mencoret apa yang aku rasa. betrayal. huh. entah mana pergi waras aku. percaya yang kau akan tunggu. mungkin aku yang berharap terlalu tinggi. mana ada lagi lelaki seperti itu wujud. atau mungkin ada. cuma aku tak lagi percaya. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. tak perlu aku kira berapa. penat dah rasanya. biar tak pernah bercinta tapi aku dah rasa putus asa mencari. bila ada yang luahkan rasa suka, tapi hanya setakat itu. tak mencuba lebih jauh. aku sendiri taktahu. mungkin semuanya salah aku. aku yang terlalu ego. aku yang terlalu ikut perasaan. bermain dalam permainan yang menjerat aku sendiri. akhirnya aku yang kalah. aku berdosa. aku tahu. malah Tuhan lebih tahu kebenaran itu. untuk kau dan kau. aku takkan pernah membenci sebab kau dan kau pernah jadi sebahagian fantasi masa depan aku. biar sayang itu pudar dan hilang tapi ingatan itu kekal. biar kau dan kau berbahagia dengan sesiapa sahaja yang di sisi. aku? cuma mohon jangan, jangan, jangan pernah sesekali cuba untuk sekali lagi menjadi sebahagian hidup aku. sikit pun aku tak mahu. biar aku bebas dari belenggu kau dan kau si masa silam aku. biar hidup tentukan kemana hala aku nanti. cukup sampai sini. aku tak mahu kau dan kau jadi penghalang. aku ada cita cita. aku ada impian. sampai aku capai apa yang aku mimpi. semoga dalam perjalanan nanti aku ketemu si dia yang bakal menemani aku menjadi peneman setia hingga ke alam seterusnya.
Khamis, 26 Julai 2012
Tuhan Ada, Sayang.
Tuhan itu ada, sayang.
sentiasa memerhati.
biar sukar mana cabaran,
Dia ada.
sentiasa jadi tempat bergantung dan berharap,
biar tika itu kita tak punya siapa.
Tolong.
hari kedua menjalani latihan industri. rasa macam dah dua tahun. seorang. tak ada kawan. rasa putus asa kuat sangat. tak ada teman bercerita apatah lagi bertanya. terpaksa juga gagahkan diri tanya orang sebelah sebelah walaupun malu. mana tak, semua LELAKI! malunya. ada juga perempuan tapi berapa ramai sangatlah. duduk semua jauh jauh. hurm. petang sebelum balik. pukul 5. Carrie (kalau betul ini nama dia dan begitu ejaannya) datang ke meja. "Aina, u tak sejuk ke duduk sini? Saya lalu sini pun sejuk. U mau pindah tak?" aku jawab mana mana pun boleh. "Aiyaaa, u ni yang mana satu. dushhhh!" dan kemudian aku berkeputusan untuk pindah. memang tempat baru jauhhhhhhhhhh tak sejuk dari tempat lama. cumaaaa... ah. biar aku habiskan cerita. "Saya panggil 2 orang handsome boy tolong u angkat ya," kata Carrie lagi. nampak ada 2 orang jejaka Cina sedang mengemas meja yang bakal aku duduk. tiba tiba datang seorang jejaka Melayu datang. ouh. "Nak pindah eh? Save dulu kerja tu. lepas tu shut down. Nanti saya angkat," hoi, gembiranya hati melonjak sama Tuhan saja yang tahu. comel. detik hati aku sikit gatal. dia bantu. sepanjang masa membantu dia senyum. jelas nampak lesung pipi sebelah kiri. aku punya sebelah kanan. ouh. adakah? ah. jangan nak fikir panjang. nanti kecewa. diri sendiri yang merana. padan muka. jangan berharapan. mungkin dia lakukan yang sama pada orang lain. tapi harini rasa macam dia pandang pandang aku. hahahahaha. okbai.
Ahad, 1 Julai 2012
Jodoh dan Kita
Kalau kita berjodoh,
Tuhan pasti ada rancangan untuk temukan kita.
Biar manapun tempat kita di dunia,
percayalah, satu hari bertemu jua.
Ahad, 24 Jun 2012
Sabtu, 23 Jun 2012
Perjalanan Kita dan Takdir.
perjalanan aku masih jauh,
bertemu sang cinta.
mungkin jodoh kita di syurga.
biar takdir membawa kita,
ke satu destini pasti,
tempat kau dan aku bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)