Ahad, 3 Julai 2011
Perihal Tempe.
petang itu dia duduk bersenang lenang di hadapan televisyen sehinggalah diganggu amannya oleh suruhan ibunya. apa? potong tempe? potong keharmonian petang yang dinikmatinya. ah. katanya. mana aku tahu. cuma sekadar dalam hati. semua tempe dalam peti ais itu perlu dihiris halus dan digoreng. pesan ibunya. dia melangkah berat. membuka peti ais dengan perasaan membuak. dibuka satu satu bungkusan daun pisang beserta suratkhabar itu. ada 3 bungkus semuanya. bungkusan pertama, dia pelik. dia letak ketepi. bungkusan kedua, eh? sampai ke bungkusan terakhir, dia mula berkerut. dengan perasaan takpuas hati dia ke bilik ibunya. "mak, semua tempe tu berkulat lah," ibunya terkejut tapi dengan tenang memberitahu "tempe. memang macam tu". lah. dia malu. biasalah. baru pertama kali melihat tempe yang belum di masak. siap tempe dipotong, minyak mula di panas, dan tempe mula di goreng. mula juga aroma yang merangsang 5 deria rasa di biji biji kelenjar dalam mulut. siap. satu satu tempe goreng itu masuk dalam perut gergasi yang bocor. sehinggalah habis. tak sempat dibuat lauk. hebat penangan tempe. cuma dia harap sekali jika disuruh memotong tempe dia kenal tempe itu bagaimana rupanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan