Ahad, 3 Julai 2011

Yang Selamanya.

bila kaki itu lebih suci,
dari muka yang dibasuh dua kali sehari,
kau katakan mana mungkin,
sedang kaki itu letaknya paling bawah atas dunia,
dan muka di atas sekali badan manusia.
kerana kaki itu dibasuh lima kali sehari,
dan setiap kali yang lima itu,
kepala yang di atas sujud,
menyamakan kedudukannya dengan kaki,
yang tadi kau katakan kotor.
manusia, kau harus sedar,
yang kotor bukannya tak suci,
dan yang atas,
bukan sentiasanya sama.
dan dunia bukan cuma fana,
sedang akhirat itu selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut