berikut adalah rentetan kejadian kejadian yang berlaku.
peristiwa pertama:
punya cantik parkir aku. muat muat masuk dalam kotak. sedia menuju ke klinik gigi tapi tayar senget. aku cuba betulkan tapi terkunci stereng. aku dah menggelabah ayam. aku minta tolong seorang pakcik pos. dia pun tak tahu. aku telefon adik aku. barulah okay. tapi masalah baru, penggera kunci sering berbunyi. ah. apa semua ini. setelah aku cuba ralat, akhirnya kereta aku tinggalkan dengan selamat.
peristiwa kedua:
aku dengan yakin pergi kedai runcit ambil semua barang yang aku nak. bila waktu aku nak bayar, duit tak cukup. terpaksa kurangkan barang. malu? aku tak rasa apa pun. dah memang aku tak cukup duit.
peristiwa ketiga (dan yang paling teruk):
aku masuk kereta dan memandu. tapi lepas tu aku teringat mak aku suruh beli cekodok kat restoran hujung kedai runcit tadi. aku patah balik. ulang suara. aku patah balik. aku patah balik sebab nak beli cekodok mak aku. aku cuba parkir lagi sekali. malangnya, aku tersalah tekan pedal minyak. kemalangan. langgar pagar stesen hab TNB. masuk longkang tapi aku terer. dah masuk longkang pun masih berjaya keluar dari situ dan parkir dengan sempurna. tapi semua orang dekat restoran tu semua dah pandang aku. aku pelik. aku keluar. rasa nak pengsan kat situ jugak. ada minyak banyak gila keluar. dah lah warna merah. dah macam darah dah aku tengok. bumper lari. apa tah lagi adik aku bagitau yang rosak. yang penting rosak bukan sekadar calar. aku taktau nak buat apa. orang ramai kat restoran tu cuma pandang aku. CUMA PANDANG. tak ada seorang pun yang datang tanya atau buat buat nak tolong. aku telefon mak aku. macam biasalah. macam tak biasa pulak. kena marah. adik aku datang dengan kawan dia. dia selesaikan semua benda. aku balik. adik aku hantar. memang tak adalah kan orang nak kata. tak apa. benda dah jadi. ouh. tak. kawan kawan burung biru semua kata, sekurang kurangnya aku ada lagi. itu nasib baik aku teringat nak baca ayat kursi. kalau aku tak baca, dengan aku aku masuk bengkel rasanya. untung kalau masuk bengkel. kalau masuk alam lagi satu. aku cuma harap semua orang maafkan aku. okay. jauh sangat tu. tapi tak adalah teruk pun aku langgar pagar tu. sebab aku tengok pagar tu macam elok. haha. kereta saja yang teruk. aku tunggu abah balik. aku takut dan gelabah gila abah aku nak marah. tapi bila abah balik, abah cuma tanya apa jadi. itu saja. sebenarnya memang itu yang abah akan buat pun. sejak balik dari Mekah tahun lepas, aku nampak abah jadi tenang sikit. kalau ada apa jadi, abah tenang saja. mungkin aku yang belum biasa. jadi aku asyik fikir abah nak marah aku. tapi tak. abah cuma tanya. dan itu saja. dan lagi satu, nasib baik aku sorang. kalau jadi apa apa, aku yang kena. aku tak perlu nak bertanggungjawab atas orang lain.
moral 3 peristiwa tersebut: bacalah ayat kursi sebelum keluar rumah. sekian.
Jumaat, 11 November 2011
Rabu, 10 Ogos 2011
Satu Hari Di Bulan Puasa.
sekolah rendah. seingat aku. darjah berapa aku lupa. waktu tu aku duduk dengan arwah nenek. hanya dua orang. dekat pukul satu. aku masih di ruang tamu menonton berita agaknya. sedang nenek aku bersedia untuk solat zohor. kecil kecil pandai tengok berita. kau ada? haha. tiba tiba perut aku berbunyi rock keroncong. aku ke dapur. hairan. tak ada lauk. "kenapa nenek tak masak?" tanya aku. tapi aku tak peduli. aku capai tin yang penuh berisi biskut kering. biskut kering pun sodap lapar lapar. aku makan sambil tengok berita. sorang. tiba tiba aku terdengar bunyi di hadapan pintu. walaupun siang, syaitan tak ada nak berlegar legar tapi aku tetap takut. sambil bawak tin biskut sambil berlari masuk bilik nenek. duduk kat sebelah sejadah sambil menanti nenek habis solat. selesai solat, nenak ajukan soalan bernas lebih bernas dari syarikat bernas nasional berhad. "eh, tak puasa ke?" Subhanallah. aku lupa! haha. punya sedap aku bantai biskut kering hampir 21 keping. nenek suruh aku minum air. tapi aku tak buat. aku masih nak puasa. aku kumur kumur mulut supaya tak ada sisa biskut kering dalam mulut. dan akhirnya aku berpuasa sehingga berbuka. walaupun aku tak adalah beruntung gila dapat makan nasik terlupa puasa tapi sekurang kurangnya ada jugak pengalaman terlupa puasa dan makan. dah nak kenyang tu. haha. sekian sahaja aku kongsikan cerita puasa aku waktu sekolah rendah. nenek pun dah lebih kurang 3 tahun pergi meninggalkan kami. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.
Selasa, 9 Ogos 2011
Kejadian di Suatu Petang.
jam 5. mungkin tak tepat. sedikit tergelincir. rutin harian di bulan Ramadhan. membantu menjadikan masakan lebih enak dan lazat di dapur. mungkin kau tak percaya. tapi percayalah. itupun kalau kau minat Dato' Siti Nurhaliza. aku bercerita pada Kak Cik dan Mak tentang kawan kawan sekolah yang dah berkahwin. ya. ramai. ada juga yang dah 2,3 orang anak. sedang rajin membasuh perkakasan memasak aku utarakan soalan nak menguji apa jawapan Mak aku. "Mesti Mak dalam hati cakap bila lah anak aku nak kahwin bila Kakak cerita pasal kawan kawan Kakak yang dah kahwin kan?" aku ingat Mak aku nak bergurau dengan berikan jawapan begini "Eh, tak adalah. Tangan ke dada mata ke atas," sebaliknya jawapan ini yang aku dapat. derek tu de poin, "Aah, memang pun. Ada ke yang nak anak aku yang garang dan ganas ni" amekaw. aku hanya mampu ketawa. ketawa tapi aku sikit terkesan. selama hari ini aku terlalu kejarkan benda yang aku suka. benda yang aku nak buat untuk puaskan hati aku. dan dalam rancangan hebat aku tu, tak ada satu kali pun perkahwinan termasuk dalam senarai. tapi harini, aku terfikir. sama ada aku nak puaskan hati aku atau puaskan hati mak aku. sebab aku tahu mak aku nak semua anak anak dia kahwin sebelum 25 tahun. kalau aku boleh puaskan hati orang lain kenapa tak aku lakukan yang sama pada antara orang yang paling aku cinta? tapi aku percaya yang Mak aku di sebalik harapan dia yang menggunung tinggi tersebut, dia pasti taknak anak dia kahwin semberono, kahwin dengan siapa siapa. kan kan? aku tahu lah. sebab Mak kau pun sama. aku tahu. tapi aku bukan macam orang lain. aku terangkan kan pun belum tentu semua nak terima. biarlah aku simpan. aku bukan nak buat novel atau cerita cinta kat sini. sekadar bercerita apa yang berlaku. sebab selama ni cerita cuma tentang aku. aku nak mula berfikir untuk orang lain. buat sesuatu bukan sekadar untuk diri sendiri. aku dah taktau nak sambung apa. berhenti boleh? bolehhhhhh. okbai.
Selasa, 12 Julai 2011
Jumaat, 8 Julai 2011
Hadiah Untuk Intan.
tangan gadis kecil itu menghulur meminta sesuatu sedang aku ketika itu tidak punya apa apa. aku senyum. sekeping duit syiling pun tidak terisi dalam poket. gadis itu berlalu dengan wajah kecewa. entah kenapa, itu meninggalkan sesuatu dalam jiwa kosong aku. aku bangun dari tempat dudukku. berjalan tanpa arah tuju. ke rumah mungkin. tapi aku taktahu. teringat ingat pada wajah gadis tadi. aku mengeluh kecil. tin yang tidak dibuang dengan betul ke dalam tong sampah bergolek di atas jalan di sepak perlahan. aku memandang langit. cerah namun berangin. aku tundukkan wajah. eh. syiling lima puluh sen. aku ambil. berhasrat membeli sesuatu. di situ aku lihat gadis kecil tadi berdiri di luarnya. sekadar memerhati mereka yang keluar masuk. aku ke dalam kedai tersebut mencapai sebatang lollipop. aku keluar dan mencangkung menyamakan kedudukan dengan gadis tadi. aku menghulur lollipop yang tadi aku beli. dia tersenyum lebar menampakkan baris gigi yang agak unik. aku bertanya akan namanya. "Intan,". ringkas tapi cukup berkesan.
Ahad, 3 Julai 2011
Yang Selamanya.
bila kaki itu lebih suci,
dari muka yang dibasuh dua kali sehari,
kau katakan mana mungkin,
sedang kaki itu letaknya paling bawah atas dunia,
dan muka di atas sekali badan manusia.
kerana kaki itu dibasuh lima kali sehari,
dan setiap kali yang lima itu,
kepala yang di atas sujud,
menyamakan kedudukannya dengan kaki,
yang tadi kau katakan kotor.
manusia, kau harus sedar,
yang kotor bukannya tak suci,
dan yang atas,
bukan sentiasanya sama.
dan dunia bukan cuma fana,
sedang akhirat itu selamanya.
Mana Mungkin.
sedang bangsa yang tolol itu malah diperbodohkan,
agama yang elok itu lagi diperolokkan,
mana mungkin kau kata siapa yang adil.
Perihal Tempe.
petang itu dia duduk bersenang lenang di hadapan televisyen sehinggalah diganggu amannya oleh suruhan ibunya. apa? potong tempe? potong keharmonian petang yang dinikmatinya. ah. katanya. mana aku tahu. cuma sekadar dalam hati. semua tempe dalam peti ais itu perlu dihiris halus dan digoreng. pesan ibunya. dia melangkah berat. membuka peti ais dengan perasaan membuak. dibuka satu satu bungkusan daun pisang beserta suratkhabar itu. ada 3 bungkus semuanya. bungkusan pertama, dia pelik. dia letak ketepi. bungkusan kedua, eh? sampai ke bungkusan terakhir, dia mula berkerut. dengan perasaan takpuas hati dia ke bilik ibunya. "mak, semua tempe tu berkulat lah," ibunya terkejut tapi dengan tenang memberitahu "tempe. memang macam tu". lah. dia malu. biasalah. baru pertama kali melihat tempe yang belum di masak. siap tempe dipotong, minyak mula di panas, dan tempe mula di goreng. mula juga aroma yang merangsang 5 deria rasa di biji biji kelenjar dalam mulut. siap. satu satu tempe goreng itu masuk dalam perut gergasi yang bocor. sehinggalah habis. tak sempat dibuat lauk. hebat penangan tempe. cuma dia harap sekali jika disuruh memotong tempe dia kenal tempe itu bagaimana rupanya.
Jumaat, 1 Julai 2011
Belajar Memasak.
aku tak reti memasak. dulu. waktu aku sebelum habis spm. aku tak suka memasak. dulu. sebelum mak aku pergi haji. nak kata sekarang aku terer tu memang tak lah. setakat sikit sikit kadang kadang tawar kadang kadang terlebih air kadang kadang terlebih sana sini tu boleh lah. aku belajar masak bukan macam orang lain. aku belajar masak dengan abah aku. pertama kali nak masak, abah bagi buku resipi tengok apa yang nak masak untuk hari tu. pergh! mana aku tau waktu tu. tapi aku masak jugak. dua lauk. haaaa, korang ada? tapi lama lama aku dah tak guna buku resipi tu. mak bagi resipi dia secara lisan pagi pagi sebelum pergi sekolah nak mengajar. lagi haru aku nak mengingat. tapi lagi sekali aku berjaya sebab pernah tengok mak masak, pernah tolong dia sikit sikit. korang ada? haha. tapi sekarang setakat nak masak lauk biasa yang kat rumah ni makan, boleh je. lagi lagi kakcik ada kat rumah. kalau aku taktau, kakcik ada. boleh masak. aku taktau masak pedas. tak reti. rasa pelik. lagipun selalu abah yang masak pedas pedas tu. tapi pedas abah tu tak pedas macam orang lain sebab kami tak biasa makan pedas sangat. teringat waktu mula mula tolong mak abah masak. kadang kadang lupa nak basuh bawang, kadang kadang salah potong, kadang kadang nak buat ulam aku hiris macam nak makan pecal. kadang kadang sayur entah macam mana jadi. haha. tu belum bab kuih raya. dalam banyak banyak kuih raya, aku punya yang paling tak ada rupa. tapi kuih raya aku yang habis dulu. sedap rupanya. sebenarnya kalau rajin mengembara (apakah explore dalam bahasa melayu?) resipi, memang seronok nak memasak. lagi lagi kalau sedap dan habis. whoa! jadi bagi sesiapa yang tak pernah memasak tu, cuba cuba lah memasak. tapi nak cakap orang pun dulu aku pun tak suka memasak. haha. sekian. tu je aku nak merepek. bai.
Rabu, 29 Jun 2011
Ceramah.
tadi waktu berbuka, mak utarakan tentang hasratnya untuk ke masjid. ada ceramah israk mikraj katanya. mula mula aku tak ada niat pun nak ikut tapi memandangkan mak bersungguh dengan hasratnya selesai solat maghrib aku siap. tapi aku cari stokin tak jumpa jumpa sampailah mak aku cakap tak payah pakai. haha. sampai masjid, ceramah dah start. untungnya belum masuk bahagian penting. aku duduk belakang seorang makcik ni. dia tulis nota. tapi yang buatkan aku kagum, dia tulis nota sepenuhnya dalam jawi. aku terfikir, ada lagi tak anak anak muda yang mampu buat macam makcik tu. aku pun belum tentu boleh tulis jawi dengan betul. mungkin ada kata kata yang menidakkan kekaguman aku. tapi cuba korang fikir, masih bolehkah korang tulis dalam bahasa jawi. makcik tu tak apalah, mungkin waktu zaman dia, dia tak ada belajar A,B,C. tapi kita ada belajar jawi. tapi masih bolehkah kita? walau hanya membacanya? kemudian aku tumpukan perhatian aku pada isi ceramah. kau pun tahu cerita yang selalunya ceramah israk mikraj ceritakan. tapi yang ini, sikit bezanya. penceramah tak bercerita banyak tentang apa yang terjadi pada malam israk mikraj tapi lebih kepada mereka yang berada di bumi aqsa, tentang apa sebenarnya pengertian sebuah perjalanan Rasulullah pada malam tersebut. beliau tunjukkan kami video tentang perjuangan mereka di sana. Subhanallah. hampir menitik juga air mata aku. nasib baik mak kat sebelah. aku berlagak tenang. haha. padahal dalam hati dah bergelora. teringat ceramah haritu bila tengok mereka berjuang biar senjata mereka cuma batu di tepi jalan melawan musuh yang lengkap berkereta kebal. biar umur mereka hanya 7,8 tahun, tapi mereka sendiri sudah tahu ertinya mempertahan agama. semoga Tuhan membantu mereka. kemudian, penceramah bercerita tentang solat. tentang pentingnya solat. Rasulullah sewaktu hayatnya pernah mencadangkan bahawa mana mana orang lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid, rumahnya perlu dibakar. tapi itu hanya cadangan Rasulullah untuk menunjukkan bahawa betapa solat berjemaah itu dituntut. itu solat berjemaah, apatah lagi dengan solat 5 waktu. aku bukan sesiapa nak menegur. tapi ada satu perkara yang aku sentiasa ingatkan diri sendiri kalau nak berbuat sesuatu yang diluar arahan agama, kalau aku mati lepas tu. contoh macam dulu lah. aku bukan budak baik pun. tak dengar cakap mak. mak kata jangan pakai baju kecik, ketat. biasalah duduk jauh dari mak kan. kalau mak baca pos ni, tu dulu ya mak. sekarang dah tak. hehe. sekarang kalau aku ada rasa macam tu aku mesti ingat, cuba kalau aku pergi mana mana, lepas tu kemalangan, aku tak dapat diselamatkan. dan aku mati dalam keadaan aku pakai macam tu. Subhanallah. itu satu benda yang selalu menahan aku dari buat kerja kerja tak senonoh. Alhamdulillah Tuhan kurniakan aku rasa macam tu. tapi aku bukan nak cakap aku baik sangat. masih aku tak pakai stokin tangan, aku tak pakai stokin. penutupan aurat aku pun belum sempurna tapi aku cuba dengan pakai kasut tutup. pakai baju lengan panjang. cuba sikit sikit berubah. dari segi percakapan. aku tau aku kasar apa semua. tapi aku cuba. kadang kadang nafsu, benda yang paling besar kat dunia ni, hasut kita buat macam macam tapi yang boleh jaga kita cuma iman. untuk ada kekuatan iman, kita perlu minta kat Tuhan. macam mana nak mintak kat Tuhan, solat. solat tu kan wajib, ada dalam rukun Islam. tak buat rukun Islam, layak ke kita panggil diri sendiri Islam? jadi fikirkan dan sama sama kita berubah. sama sama kita bagi peringatan pada yang lain. sekian. salam.
Selasa, 28 Jun 2011
Naik Bas.
waktu tu aku semester 4. semester yang baru ni. waktu tu kalau aku tak silap, hari sabtu ahad. aku bangun awal dari sepatutnya aku bangun kalau cuti. kau pun tahu kan. kehkeh. tepat pukul 10, sudah terpacak di bawah blok9 menunggu bas. itu pertama kali naik sorang guna kad arnab. kau tahu apa benda aku paling benci, duduk sorang sorang dalam bas. secara automatik jadi senyap. dah lah waktu tu dah tak ada siapa nak mesej. haha. agak lambat bas sampai. aku sampai bertanya 5,6,7 kali pada kawan aku samada bas ada atau tak. biasa lah. jarang jarang aku dapat naik bas sendiri. hehe. ada lah dekat 15minit jugak aku tunggu baru bas sampai. aku halakan kad arnab kat mesin apa tah aku taktau. aku duduk. lagi satu benda aku paling tak suka, naik bas semua nak pandang. yello yello, aku makhluk asing warna oren bukan makhluk asing warna hijau. jalan punya jalan akhirnya sampai fakulti. aku dah seram. aku seram sebab aku taktau kena sentuh ke tak kad arnab kat mesin apa tah namanya tu. aku tengok ada orang sentuh, ada yang tak. aku pun taknak tanya orang waktu tu. bukan apa waktu tu mulut ada emas permata. tak boleh bukak. korang ada? aku tau tak ada. akhirnya aku turun tanpa sentuh kad arnab tu. aku bagitau kat Intan, dia kata kena sentuh. kalau tak, tak halal. aku dah gelabah ayam. tapi bila tanya KC, rupa rupanya sentuh lagi sekali tu sebab dia nak bagi balik doposen. leeeeeeeeeeee. jadi moral cerita ini ialah lain kali tanya orang. jangan buat buat tahu. sekian. okbai!
Sabtu, 25 Jun 2011
Jika Cinta.
jika cinta itu membawa aku derita,
maka aku rela tidak mencinta,
jika cinta itu buat aku terluka,
maka aku rela tak kenal siapa,
jika cinta membawa aku ke jalan yang gelap,
maka aku rela hidup di tempat yang terang,
biar tanpa cinta.
tapi,
jika cinta mengubah aku menjadi lebih baik,
maka kau kekalkan cinta itu hingga ke akhirnya.
jika cinta itu mendidik aku lebih tabah,
maka kurniakan aku satu.
kadang aku terfikir,
jika dunia tanpa cinta,
aku, kau, dia, mereka,
tak kenal satu sama lain.
dan jika cinta menyatu manusia menjadi aman,
maka kurniakan setiap satu cintayang hak,
yang kekal,
yang kekal untuk Tuhannya.
biar cinta subur,
mekar memperindah dunia.
Khamis, 23 Jun 2011
Kritik.
aku bukan tak boleh terima kritikan. aku okay. tapi sebelum kritik, bagi aku ruang untuk menjelaskan sesuatu. lepas tu kalau nak kritik, silakan. aku akan dengar aku akan terima. cuma yang aku tak boleh nak terima secara terus ialah kritikan tanpa penjelasan dari aku. aku sendiri suka dengar penjelasan dari orang. biar orang kata itu alasan, bagi aku keterangan, penjelasan itu penting. setiap benda yang berlaku pasti ada sebab. sekalipun nanti kalau aku kena bentangkan kertas kerja aku untuk projek tahun akhir dan pensyarah aku kritik aku tanpa aku ada ruang bersuara pun aku pasti akan tak puas hati. tapi aku tak puas hati pun lepas tu aku akan fikir, ya, betul apa yang mereka katakan. aku akan ambil semua yang baik dari kritikan yang aku terima. aku tahu bukan semua kritikan tu untuk menjatuhkan. tapi bila kerja, dan aku kena kritik, tu aku kena tahan. sebab bos bagi gaji. aku tahu. haha. aku pun tak bodoh. aku tahu realiti itu pedih. bukan semua bahagia. aku pun bukan lagi kanak kanak umur 12 tahun untuk orang beritahu apa yang baik, apa yang buruk. aku tahu bila aku perlu serius dan aku tahu bila aku boleh jadi diri sendiri. dan aku tak suka bila aku disamakan dengan orang lain. aku tak sama. aku bukan perempuan tipikal. AKU TAK. aku pun taktahu macam mana lagi nak terangkan. tak apalah. bukan semua orang percaya apa yang aku katakan. tak apa. aku bukan Tuhan nak tentukan kepercayaan kau. sekian. bai.
Rabu, 22 Jun 2011
Beza.
aku,
kau,
kita,
mereka,
berbeza, tak sama. biar nampak serupa, tapi bukan.
cerita hidup, cerita cinta, punya jalan yang lain lain.
kita sendiri. selamanya sendiri.
Kira Umur.
21
22
23
24
25
bermula dari umur tersebut dan seterusnya, silalah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjawab soalan paling popular dalam sejarah, "bila nak kahwin?"
Duapuluhdua.
tak banyak yang berbeza, tak ada yang nak dicerita. 21 Jun cuma sekadar hari hari biasa seperti hari hari lain. cuma hari itu genap umur aku dua puluh dua. tak pergi mana mana, tak buat apa apa. aku sendiri malas nak sambut. haha. terima kasih buat semua yang sudi bagi ucapan hari lahir. aku terharu. jujur. terima kasih sebab ingat. dua puluh dua. umur yang cukup mematangkan aku. ada beberapa perkara buat aku terfikir. ya, mungkin juga mahu berubah. tapi bukanlah terlalu ketara atau berubah ke arah yang lebih negatif. biar aku sendiri yang tahu perubahan apa yang perlu. masa depan pun perlu difikirkan. kerja, hidup sendiri, tak lagi bergantung dengan mak dan abah. benda yang aku fikir setiap hari. hurm. hari lahir aku sama dengan hari lahir arwah abah kawan aku. kawan rapat aku. buat kau, kawan aku, tabah lah. abah dah tenang kat sana. kau jangan lupa sedekahkan dia al-fatihah dan jangan lupa kirim doa pada dia. mungkin aku tak faham dan taktau apa yang kau rasa tapi sebagai kawan, aku sayang kau. :). sekian sahaja untuk kali ini. babai.
Isnin, 20 Jun 2011
Twinkle Twinkle Little Star, Put Your Seat Belt In The Car.
versi yang agak berbeza dari kebiasaan kita mendengarnya. haha. biar tajuk dalam bahasa orang putih, tapi isi, masih lagi utuh dengan adat ketimuran dan tutur bahasa yang biasa dituturkan. tajuk di atas merupakan bait yang telah dinyanyikan oleh sepupu kepada sepupu aku yang haritu datang ke majlis perkahwinan sepupu aku. ha, berapa banyak sepupu daaaa. namanya danial. tapi aku tak berapa pasti nama penuhnya. aku kurang nak dengar sebab pelat. he used to live in australia. jadi korang faham faham lah berhabuk tak berhabuk bahasa inggeris dia. tapi dia seorang kanak kanak comel. dia nyanyi lagu tu sampai habis. tapi yang cuma aku ingat cuma 2 baris pertama tu je. haha. itu baru cerita danial. belum cerita haris, anak sepupu aku dan adik nadira. semua kanak kanak hebat. hariz, comel, pemalu. segak waktu hari tu jadi lelaki bunga. hehe. anak anak sepupu aku dua orang yang besar tu ada banyak cerita. seronok dengar. rajin tolong buat kerja. tak sombong dengan orang. adik nadira, she likes to pose and she's the cutest! maaf semorang. korang tak boleh lawan kecomelan adik nadira. kalau masuk pertandingan pun korang kalah. dengan aku aku kalah. eh, aku comel ke? haha. adik nadira sangat sporting. kalau ajak bergambar, dia akan ajar kami macam mana nak buat gaya. hehe. dan haritu aku seronok sebab jumpa ramai sangat budak budak dan dorang hebat! aku kalau ada banyak duit aku syak aku nak buat satu nursery. biar apa pun Intan Asmira dengan Izzat Shamir Hafiq nak cakap pasal nursery aku, aku tak kira. susah ke senang, korang tunggu je. sekian sahaja untuk kiriman kali ini. dan kanak kanak pada aku adalah anugerah Tuhan yang nilainya takkan sama sekalipun kau sama kan dengan semua harta yang ada kat dunia ni. sekian. bai.
p/s: memang kiriman ni tak ada kena mengena dengan tajuk. tapi tolong pakai tali pinggang keledar sewaktu menaiki kenderaan.
Rabu, 8 Jun 2011
Makhluk Sepi.
pohon yang dulu jadi tempat menghuni,
tempat kumpulnya cinta cinta,
kini, tak lagi ada sesiapa.
dahan yang dulunya dipenuhi daun kasih sayang,
sekarang gondol,
di hancur garuda benci.
makhluk sepi itu sunyi,
tak ada satu pun yang teman.
dia hilang semuanya,
pergi entah ke mana.
mencuba makhluk sepi itu mencari,
cuba perbetul mana salahnya,
tapi tak bertemu solusi.
makhluk sepi itu sendiri,
sudah lama biasa,
hidup kosong tanpa sesiapa di sisi.
makhluk sepi itu seorang,
duduk merenung bintang.
biar bintang tak seterang matahari,
masih tetap bagi cahaya,
masih tetap jadi peneman setia.
Selasa, 7 Jun 2011
22 dan Single.
single dan tak pernah ada boyfriend. jadi? bukan masalah besar pun. selagi aku tak susah kan sesiapa (selain mak abah aku. haha) aku rasa semuanya okay. motif kiriman ini? saja. saja nak cakap aku single. biarpun orang nak cakap aku loser sekurang kurangnya aku ada MARUAH DIRI. eh. haha. ada juga kata kata "biar betul, takkan lah", "ye je, ke nak naikkan saham je cakap macam tu?", "eleh, jual mahal lah tu,". pandangan manusia. siapalah aku nak halang. sedang aku pun ada pandangan sendiri. tak apa. terima kasih. nampak sangat korang ambil berat pasal aku. haha. tapi dah memang aku tak pernah ada pun. takkan aku nak cakap, "eh, saya dulu memang ada 15 bekas teman lelaki," amekaw. ada aku kisah aku tak ada. kadang kadang lah aku kisah. tapi selalunya tak. sebab perasan diri sendiri suci. okay, korang dipersilakan untuk muntah hijau, kuning, jingga, merah jambu. aku tipu kalau aku cakap aku tak pernah suka sesiapa. kalau tak pernah ada sesiapa menghuni hati aku. dusta semua tu. bukan aku tak pernah patah hati. kecewa. tengok saja kiriman kiriman aku yang lepas. bukan main lagi. tapi aku dah okay. mungkin tak sepenuhnya. tapi boleh lah. haha. walaupun kebanyakan orang pada umur 21,22,23 dah kahwin, tunang, aku jujurnya tak ada hati lagi. mungkin sebab aku tak ada seseorang macam orang lain. mungkin. boleh jadi. atau terlalu sibuk jadi diri sendiri. kepada sesiapa yang sudah bertemu jodoh, Alhamdulillah. moga Allah kekalkan jodoh sampai bila bila. aku mungkin tak ada cerita cinta yang hebat, tapi biar aku dengan hidup yang berjaya. dunia dan akhirat. insyaAllah. sekian sahaja tazkirah sebelum isya' kita. renung renungkan dan selamat beramal. haha. kepada semua baik yang berpunya mahu yang bujang, hidup bukan sekadar mencari pasangan. dunia penuh dengan benda yang menarik. so, don't forget to explore and learn. aku nak taip dalam bahasa melayu, tapi aku tak jumpa perkataan yang sesuai. haha. sekian. sampai sini. bai!
Kartun Adalah Comel.
hari ini aku bosan. sangat. terasa menyesal tak ikut mak dengan abah ke Kuala Lumpur. tambahan pula harini memang tak puasa. kerja gunting menggunting, lukis melukis sudah hampir siap. tinggal mewarna. tapi cis aku tertinggal pen warna kat rumah maksu. 1450. aku buka tv9. haiwan perliharaan yang hebat. atau wonderpets. comel sungguh. dah lah kecik. dengan suara kau lagi. aku rasa nak picit picit. haha. lepastu, rancangan el-tigre. lagi satu cerita kartun comel. kecik kecik je kau lukis kan. aku dah tak ada modal nak taip apa. nampak sangat keboringan aku di tahap melampau. kau taktau berapa banyak kali aku tersalah taip. rumak, kenoringan. tapi ada satu benda aku nak cakap. kadang kadang kartun ajar aku perkataan baru. maksud aku, kartun bahasa inggeris. dan kadang kadang ajar aku buat ayat dengan penggunaan tatabahasa yang betul. wow! kedengaran sangat hebat. aku taktau dah nak merepek apa. sekian. babai.
Isnin, 6 Jun 2011
Set Fire To The Rain
Sometimes I wake up by the door,
The heart you caught must be waiting for ya,
Even now when we're already over,
I can't help myself looking for ya.
"Well, it felt like something died,
Cause I knew that that was the last time."
Someone Like You
I hate to turn up out of blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I'd hope you'd see my face and that you'd be reminded,
That for me it isn't over.
"Sometimes it lasts in love,
but sometimes it hurts instead"
Mak.
aku ada seorang mak. sebab abah aku cuma ada seorang isteri. atau erti kata lain abah aku tak kahwin dua, tiga, atau empat. mak aku seorang jelitawan. sebab hidung dia mancung. sayang. aku tak ikut. kalau tak pasti wajah aku persis julia ziegler, paling tidak nora danish ke siti saleha ke. haha. berangan sungguh. suara dia. huiiiii~ memang kalah lah suara aku. dia wanita hebat. wanita bekerjaya. biar bukan usahawan tapi dia hebat sebab dia yang jadikan mereka jadi usahawan, jadi jurutera, jadi dokter. senang kata kalau otak kau tak mampu memproses maklumat tersebut, mak aku adalah seorang cikgu. cikgu bahasa inggeris. jadi jangan salahkan aku kalau bahasa inggeris aku tak pernah dapat B. sekian. haha. bragging. kegilaan utama mak aku adalah bag tangan dan kasut. macam aku. kami suka barang barang wanita. cuma mak lebih suka yang berjenama. kalau aku, aku suka lagi yang nampak cantik pada aku. biar tak ada jenama. tapi kalau ada jenama bonus lah kan. mak aku paling suka kalau dia nak pergi membeli belah aku ada. kalau aku ada, kalau boleh semua kompleks membeli belah dia nak lawat. hehe. sebab aku selalu bagi nasihat berguna untuk membeli belah tambah aku tahu jalan walaupun aku tak memandu. itulah gunanya Satelit Kedudukan Global atau GPS. haha. mak aku jenis orang yang sangat ambil berat tentang anak anaknya. lagi lagi soal masa depan. mesti kau nak cakap, semua mak macam tu. tapi mak aku lebih sikit. dia siap buat kajian kursus yang kami ambil. cari perspektif kerja. kat mana nak kerja. tempat praktikal aku tahun depan pun dia dah carikan. amekaw. begitu carrying (kata Adinda) sekali. mak aku adalah hebat sebab pagi pagi masak sarapan seorang diri (kalau dia tak kerja) kalaupun anak dara dia tak bangun tolong. dia boleh ukur berapa banyak air untuk cekodok walaupun waktu tu dia tak ada kat dapur. senang kata, mak aku memang hebat gila. wanita super kot. kalau nak cerita sayang, memang tak cukup satu dunia nak cerita. dia tengok gigi aku terabur, dia suruh aku pasang pendakap. dia taja. dia tengok aku tak ada laptop, dia bagi aku laptop dia baru beli. dia beli baru. sama macam telefon bimbit. dia tengok aku pakai yang murah, dia bagi yang dia punya yang skrin sesentuh. alasan taktau pakai. dia beli yang baru. tapi selalunya dia beli yang tangan kedua. sayang kan mak aku kat aku. komputer riba aku rosak, dia tanya, kursus aku sesuai pakai yang mana, tentu lah yang buah tu. dia kata, kumpullah duit, nanti boleh tambah sikit. dia tengok muka aku teruk, dia suruh beli simplysiti. terkejut mak nak. mahal tuuuuu. nasib baik tak beli lagi. haha. selalu kalau aku pergi belajar kat shah alam tu, dia pesan, jaga aurat. jangan lupa baca al-quran. ya mak. kakak buat. cuma bab yang aurat tu, sikit sikit lah ni. hehe. jadi, itulah cerita mak aku. panjang kan. aku tau korang tak baca. peduli apa aku. sekian dulu hingga waktu ini. nanti aku muat naik lagi. sekian. babai.
Rabu, 25 Mei 2011
Ego.
penat sudah ego itu diguris,
tercalar balar,
sampai hati kena tempias,
sedang hati itu lebih lembut dari ego,
hati jadi luka, jadi parah.
satu masa dulu,
ego itu terbina kukuh,
sikit pun tak goyah,
tapi mana silapnya,
ego itu runtuh,
menghancurkan sekali jasad pemilik ego.
ego yang pernah menjaga,
akhirnya jadi punca.
ego yang pernah dibangga,
akhirnya tunduk.
tapi ego sekali lagi membina utuhnya,
kali ini takkan dibiar lagi roboh.
ia belajar,
dan pembelajaran itu kekal,
kekal dalam tembok tembok kubu yang baru.
Isnin, 23 Mei 2011
Aktifkan Muka Buku.
hari ini dia aktifkan balik muka buku. 10 hari rasanya. haha. kenapa? sebab dia dah kembali normal. tak ada lagi rasa bengkak yang menghuni, tak ada lagi rasa rindu yang memburu, tak ada lagi rasa suka yang menghurung. dia kembali menjadi yang pernah satu masa dulu semua orang kenal. mungkin bukan semua orang, tapi siapa yang tahu pasal dia, tahu dia siapa. biarlah mereka yang lain mahu berkata, tak siapa boleh menghalang. yang dia tahu dia sudah sembuh. dia lebih gembira. tambah tambah dengan semua yang tersayang ada. ya, dia lebih baik. semoga hari hari yang mendatang menjadi pengganti hari hari dulu yang pernah jadi episod duka.
Ahad, 15 Mei 2011
Sabtu, 14 Mei 2011
Masih. Akan. Sentiasa.
Sebanyak mana saya kata saya nak lupa,
Tapi saya tak boleh.
Sebanyak mana saya cuba sedapkan hati,
Tapi tak.
Andai kata satu hari nanti rasa suka tu dah tak ada,
Saya harap saya tak lupa yang awak kawan saya.
:)
Isnin, 9 Mei 2011
Hari Ini. Mula.
entah mana datang kekuatan itu, dia hari ini sesungguhnya rasa lebih bagus dan rasa sedikit angkuh. mungkin dia fikir tak ada gunanya sepanjang masa sedih dan serabut. itu sikit pun tak membantu. hari ini, dia fikir dia mahu satu permulaan yang baru. dia mahu kembali kuat seperti yang pernah dia jadi. kau, akan dia lupa sebagai seorang yang pernah bermakna. tapi kau takkan pernah luput dari senarai kawan yang pernah dia ada. kau tak pernah salah. cuma dia. dia nak ucap terima kasih kat kau sebab pernah jadi seseorang yang cukup bermakna. ya, mungkin tak pernah jadi apa apa tapi itu sesuatu yang cukup indah bagi dia. cukuplah. dia cuma nak cakap semoga kau bahagia dengan sesiapa yang bakal menghuni menjadi suri. kau gembira, dia gembira. mungkin dengan cara yang berbeza. Tuhan itu adil. Dia ada caturan yang hebat untuk hambaNya. dia yakin. kalau ada rezeki, dia akan berjalan ke luar negara. mungkin akan membuatkan dia berasa lebih baik. ya, lebih baik. sekian. bai.
Ahad, 8 Mei 2011
Untuk Mak.
Untuk manusia yang tak pernah jemu menyayangi aku,
Tak pernah jemu menjadikan aku lebih baik,
Selamat Hari Ibu.
Sesungguhnya sayang aku takkan pernah padam.
Biar.
Biar bukan hari ini,
Biar bukan esok,
Biar bukan bulan dan tahun seterusnya,
Tetap masih aku menunggu,
Biar setia aku itu dicaci,
Masih tetap aku disini.
Sabtu, 7 Mei 2011
Hidup Serabut.
hari ini dia bangun. lewat macam biasa. sebab dia tidur pun lewat di waktu pagi. dia ada peperiksaan akhir petang tadi. buka sahaja mata, dia lantas mencari nota walaupun bacanya entah apa apa. dia menjawab soalan peperiksaan walaupun nampak tenang tapi kalau dapat divisualisasikan apa yang berlaku dengan sel neuron dalam otak kecil empunya si dia pasti kau ingat itu lebuhraya tersibuk di dunia. kehidupan begitu mendesak sejak akhir akhir ini. semuanya nampak kabur. semuanya begitu serabut. duit, kehidupan dengan orang lain, pelajaran. ah. kesemuanya. biar sukar dizahir dengan kata kata. dia telefon ibunya tadi. salah masa. mak sedang bagi tazkirah. ah. sekali lagi. hidup dia makin serabut. uh. cuba juga cari jalan penyelesaian sendiri. tapi akhirnya, dia sendiri terseksa. ah. dia semakin tak dapat konklusinya. dia cuma harap satu saat nanti hidup dia kembali cerah. oh. ini zaman kejatuhan. okay. bai.
Khamis, 5 Mei 2011
Berbeza dan Tak Sama.
Kau takkan pernah sama dengan sesiapa,
Kau pun tak pernah aku sangka,
Jadi kegemaran aku setiap kali aku buka mata lihat dunia.
Biar kau berbeza,
Tapi masih aku suka.
Still.
Even if you have somebody else,
And am not your priority anymore,
The song you used to give me,
Will always be my favorite.
;)
I Put A Smile On The Broken Heart.
on those wounded pieces.
it's hard,
sometimes i just faking it.
i did that,
to show the world,
no matter how hurt it is,
am still moving on.
i wanna tell people that,
those broken pieces can be fixed.
it may takes time,
but it'll heals.
i put a smile on the broken heart,
to tell you,
i am strong enough to let you go.
Bengkak.
entah apa yang mengganggu. dia macam tak keruan hari ini. hari lain pun. sama saja. tak ada beza. cuma hari ini, taktahu. dia sendiri taktahu nak menzahirkannya dalam satu bentuk ayat sempurna. dia rindukan rumah. atau sekadar mahu lari dari hiruk pikuk dunia yang menyesakkan dada. hingga sukar bernafas. lebih sukar dari bernafas dalam lumpur. entah hantu mana yang merasuk, sejak dua menjak ini dia semakin teringat pada seseorang. ah. berapa kali dia cuba katakan, cuba tenangkan fikiran, cuba sedapkan perasaan. lupakan saja. mungkin patutnya begini akhir ceritanya. tapi manusia. tak pernah percaya. entah apa lagi dikejarnya. hurm. hari hari dia bangun dengan kekesalan yang tak pernah padam. dia tak salahkan sesiapa tapi diri sendiri. setiap hari cuba berhenti, tapi dia tak mampu. banyak yang dia lakukan supaya jadi lebih baik, tapi dimana mana, memori datang. semakin membengkakkan hati. dia cuma mohon cuma sehari dia lupa. cuma sehari. tapi entah bila. entah. dia lalui hari hari yang datang dengan harapan masa akan mampu satu hari nanti menjadikan dia seperti yang dulu.
Selasa, 26 April 2011
Isnin, 25 April 2011
Now.
At time like this,
I miss you.
I miss those butterflies.
I wish i can keep them.
I wish i can keep you.
Yang Suka.
Aku tahu yang suka bukan satu, bukan dua.
Tapi setiap kali itu,
Kau tak pernah hilang.
Tolong.
Tolong.
Tolong.
Setiap kali juga,
Bila aku lihat mereka,
Aku lihat aku di dalam.
Ah.
Hati Sempurna.
Maaf.
Hati aku masih belum bisa terima sesiapa.
Berkali ia jatuh.
Berkali ia pecah.
Berkali itu juga jari aku luka mengutip serpihan.
Aku perlu masa untuk ia kembali sempurna.
Biar tak sempurna seperti asalnya.
Emosi.
Biar berkali aku ingat kan diri,
Yang emosi tak beri apa apa erti.
Tapi masih tak mampu aku tepis,
Hadirnya bayangmu pada sisi mindaku.
Sabtu, 16 April 2011
Berhenti.
cukup sampai sini,
aku berhenti berharap.
penat.
aku lelah.
dan aku juga,
berhenti mencinta.
kerana aku tak lagi kenal ertinya.
aku berhenti kerana aku kecewa.
aku berhenti kerana terlalu aku terluka.
aku berhenti bukan kerana rela,
tapi aku berhenti kerana terpaksa.
kau tak lagi aku lihat menghargai,
dan terima kasih.
sekarang, aku berhenti.
Isnin, 4 April 2011
Dia.
dia bangun pagi. biar belum tersenyum gembira, tapi dia mulakan harinya dengan satu perasaan senang. taktahu kenapa. mungkin sekadar mengubat jiwa yang luka. ya. terlalu dalam. koyak. rabak. tak nampak. tak siapa tahu bagaimana keadaanya. cuma dia dan penciptanya yang tahu. dia cuma sembunyikan perasaan itu dengan mencuba tersenyum. mencuba bergelak ketawa. mencuba melapangkan dada. tapi saat waktu sunyi sepi, kenangan kembali menggigit. sampai bengkak. sampai dia hanyut dalam dunianya. hari ini dia ada ujian kelas pengaturcaraan multimedia. dia cuba buat yang terbaik sebab ujian satu dia gagal. lepas ujian, dia turun ke cafe dengan intan. lari dari pengejar kad matrik. masuk ke kelas komunikasi data dan jaringan. dia berlari lari gembira sebentar tadi. tapi apabila dia duduk menghadap komputer. dia kembali dalam dunia lukanya. cukup cukup lah. Tuhan tu ada. selalu memerhati. tak apalah. tak siapa boleh kembali ke masa lalu. tak siapa. kau hanya perlu cuba gembira. sebab hidup terlalu indah untuk bersedih. hidup terlalu singkat untuk kecewa. cerita dia akan terus ada. sampai satu ketika dia pergi. waktu itu, cerita dia berhenti. berhenti dan pergi bersama dia.
Sabtu, 26 Mac 2011
Bila Yang Bicara.
bila yang bicara,
bukan lagi bibir,
dunia sepi.
bila yang bicara,
cuma jari,
dunia sunyi.
tak lagi dengar suara,
hiruk pikuk memekakkan telinga.
bila yang bicara,
itu istimewa,
tak seperti yang biasa,
hati mula rasa tersentuh,
mata mula rasa basah.
saat itu kita masing-masing,
merasa betapa kita perlu bersyukur.
Tuhan itu sentiasanya adil,
setiap yang berlaku ada hikmah,
walau tak terzahir secara fizikalnya.
bila yang bicara,
berbicara bahasa bukan biasa,
jangan menoleh ke tempat lain,
agar bisa kau dengar bait-bait perkataan,
biar bukan dengan telinga,
tapi kau dengarlah dengan hati.
Ahad, 20 Mac 2011
Selasa, 8 Mac 2011
Celaru.
aku sendiri tak tahu.
tak tahu mana rasional aku.
kadang-kadang aku hilang.
hilang dalam dakapan ramai orang di sekeliling aku.
lemas.
hanyut dengan arus yang dari mana datangnya aku tak tahu.
aku terlalu rapuh.
beban yang terlalu banyak buatkan aku jatuh.
cuba bangun.
sikit-sikit.
tapi terlalu berat.
aku celaru.
minda dan hati.
keduanya.
cuba untuk tak peduli.
tapi tak berjaya.
ah, celaru.
aku sendiri cuba susun kata-kata.
cuba gambarkan perasaan itu.
tapi belum cukup sifat satu-satu perkataan itu.
ia lenyap.
tak tahu sampai bila.
tapi cukup celaru itu memburu aku.
cukup. sampai sini aku bertahan.
Isnin, 7 Mac 2011
Dalam Kelas.
dari kelas lagi satu dah ada niat taknak datang. kesian juga tengok pensyarah ni macam cakap sorang-sorang. sedang yang lain khusyu' menghadap skrin komputer. bukan tengok nota. twitter, mukabuku, tempatblog, tumblr. nasib tak ada tupperware lagi. haha. aku pun tak terkecuali. bosan. sampai kami berfikir apa perlunya belajar subjek komunikasi data dan jaringan dalam perkomputeran multimedia? mulut aku busuk. bau makaroni terperam dengan air liur. haha. malas nak tulis panjang. okay, bai.
Malam.
in the night, i hear them talk
coldest story ever told
somewhere far along this road
he losts his soul
to a woman so heartless
perempuan tak ada hati. itu aku. maaf. aku tak pernah bermaksud.
Cuma.
aku yang cuma manusia,
tak mampu kadang-kadang,
bendung air mata.
aku yang cuma hamba,
lemah tak berdaya,
yang selalunya gagal dalam ujian-Nya.
aku yang cuma wanita,
kadang-kadang tak terjaga hatinya,
dibiar sekali lagi berderai.
aku yang cuma tiada nama,
yang hidupnya rapuh,
yang taktahu apa masa depannya.
aku yang cuma hidup atas tempat tumpangan ini,
yang entah bila akan dipanggil pulang,
cuma mampu berharap,
cuma mampu berdoa,
biar aku yang cuma,
bertahan sampai satu hari nanti,
aku yang cuma,
merehatkan diri selama-lamanya.
tak mampu kadang-kadang,
bendung air mata.
aku yang cuma hamba,
lemah tak berdaya,
yang selalunya gagal dalam ujian-Nya.
aku yang cuma wanita,
kadang-kadang tak terjaga hatinya,
dibiar sekali lagi berderai.
aku yang cuma tiada nama,
yang hidupnya rapuh,
yang taktahu apa masa depannya.
aku yang cuma hidup atas tempat tumpangan ini,
yang entah bila akan dipanggil pulang,
cuma mampu berharap,
cuma mampu berdoa,
biar aku yang cuma,
bertahan sampai satu hari nanti,
aku yang cuma,
merehatkan diri selama-lamanya.
Ahad, 6 Mac 2011
Satu.
satu bahagi dua jadi setengah. kenapa satu boleh bahagi?
sebab nak suruh yang setengah cari yang setengah lagi.
biar jadi satu. biar jadi lengkap. sempurna.
Aku Yang Pernah.
aku yang pernah jatuh cinta,
kini tak lagi.
aku yang pernah orang suka,
kini tak lagi.
aku yang pernah jadi bodoh,
kini tak lagi.
aku yang pernah lupa,
kini tak lagi.
aku yang pernah peduli,
kini tak lagi.
aku tak lagi macam yang kau tahu,
tak lagi yang macam kau sangka.
ya, kau.
cukup.
Sisi Aku Lagi Satu.
aku renung kotak televisyen itu. lama. tak ada bunyi. tak ada suara. ouh, patut lah. belum buka. haha. harini. cerita bukan pasal tv. atau tibi. dan yang itu tadi pun bukan aku. saja. pembuka cerita. buat lagi banyak lepas ni. aku bukan satu, bukan dua. aku ada macam-macam cara. gaya. rupa. hurm, yang itu mungkin satu. mungkin ada yang tak suka aku yang begini, begitu. tapi siapalah kita nak puaskan hati semua. mustahil. sisi aku yang ini cuma di blog. aku bukan hipokrit. cuma ini aku yang lagi satu. dah. habis cerita. babai.
Sabtu, 5 Mac 2011
Gila.
hari yang gila,
malam yang gila,
minggu yang gila,
aku yang gila,
semua gila,
tak betul,
tak siuman,
sewel.
Rabu, 2 Mac 2011
Kau, Aku.
aku wanita,
dan kau lelaki.
beza kita banyak.
boleh nampak.
dari fizikal juga boleh tahu.
aku emosi,
kau mungkin tak peduli.
hal remeh kau,
hal besar aku.
minat kau,
tak sama dengan aku.
kita berbeza.
kan aku dah kata.
tapi kita yang berbeza itu,
buat aku suka kau,
kau suka aku.
Tuhan.
itu satu.
dia ciptakan kita berbeza.
kenapa?
supaya kita saling mengingat yang hidup perlu saling melengkapi.
biar bukan sebagai suami isteri.
biar bukan sebagai sahabat sejati.
biar bukan sebagai kekasih hati.
kau, aku itu,
sebenarnya satu.
Sabtu, 26 Februari 2011
Aku Yang Di Luar Normal dan Keinginan.
semalam. dua kelas. interaksi manusia dan komputer dan data komunikasi dan jaringan. petang ada ujian rekaan instruksi atau instructional design. aku memang terjemah busuk-busuk. aku memang lebih biasa menulis dalam bahasa inggeris. maaf. aku khilaf. hari ini modul hingga pukul satu. bengkel digital komik pukul tiga. malam buat rekaan bagasi. esok modul sampai pukul empat. malam belajar untuk pengaturcaraan multimedia untuk ujian hari isnin. isnin kelas sampai pukul lapan. selasa kelas sampai pukul enam. rabu sampai pukul dua belas. nak buat montaj. malam study untuk statistik. khamis ujian. jumaat persembahan interaksi manusia dan komputer dan ujian data komunikasi dan jaringan. tengok. cerita pasal sibuk je, dah berbaris-baris macam latihan kawad. belum masuk cerita hati dan perasaan. cerita kawan-kawan. cerita hidup sendiri. semalam malam, dia bagi mesej. ya, Allah jawab doa aku dan aku tak risau lagi. mungkin ada cerita yang lebih baik untuk kita. walaupun bila aku ingat apa yang pernah jadi antara kami aku mungkin boleh jadi gila, tapi Tuhan itu cukup sayang dengan aku. Dia bagi aku otak untuk berfikir dengan waras dan hati untuk bertenang. tadi aku baca novel saya seorang muslim. intan punya. dan secara tiba-tiba aku rindu hidup aku yang dulu yang terlalu obses dengan diri sendiri, cita-cita sendiri dan angan-angan yang aku nak penuhi. aku rindu aku yang dulu. aku sedang cuba mengejar aku yang hilang. susah. payah. sebab aku dibayangi dengan seseorang tapi aku cuba. ini belum bercinta. kalau dah, aku mungkin dah kena hantar tanjung rambutan. haha. buat awak, saya minta maaf sebab emosi di blog. tapi cuma disini saya menjadi diri yang satu lagi. diri yang bukan semua suka. diri yang bukan semua sangka. tapi kalau awak ada baca, semuanya tentang awak. ya. awak. sekali lagi saya minta maaf. sedang aku cuba menjadi aku yang normal, kawan aku bersembang di muka buku pula. kan dah teringat. ah! hati aku remuk! haha. persetankan. aku dah terlupa semua cerita aku. aku nak solat dan buat kerja. sekian. babai.
Jumaat, 18 Februari 2011
Februari.
kata orang bulan cinta. bagi aku bulan biasa. sama macam bulan-bulan yang lain. tapi untuk kali ini, tahun ini, sedikit berbeza. berbeza kerana aku ada satu kisah. ya, boleh kau katakan aku menyesal sebab aku itu berlaku tapi bila aku fikirkan balik ia lebih baik begitu. tipu kalau aku cakap aku tak sedih. tipu kalau aku cakap aku tak kisah. tipu kalau aku cakap tak apa. aku tipu. aku sedih, aku kisah, aku peduli. seberapa kuat aku berdoa setiap hari yang semuanya jadi seperti sedia kala pun belum tentu boleh jadi macam dulu. aku sedapkan hati. taktau rasa apa. manis, masam, pahit. cuma yang aku perlukan sekarang kawan-kawan dan cukup aku bertuah sebab mereka ada. terima kasih. buat awak, memang saya harap kita jadi macam dulu. kawan macam dulu. tapi macam saya cakap tadi lebih baik macam ini. susah nak cakap kenapa. susah nak terangkan dengan kata-kata. memang sejak dua menjak ni kiriman aku emosi sebab aku memang emosi. maafkan aku. aku sedang cuba merawat diri sendiri. doakan aku yang terbaik. sekian sampai sini. babai.
Khamis, 17 Februari 2011
Kisah Suri Rumah Tangga.
aku bukan. mak aku juga bukan. kami bukan keluarga suri rumah tangga. tapi hari ini, aku tengok mereka yang ada kerjaya ini. macam biasa. bangun pukul 9 bila kelas pukul 10 setengah. tapi itupun masih awal. aku patut bangun pukul 9 setengah lain kali. di masa hadapan. haha. ya. kalau aku calon isteri yang kau cari, nampaknya aku tak lagi masuk dalam carta 5 teratas. 50 pun belum tentu. haha. kau patut faham. kalau kau pun pelajar. atau pernah bergelar pelajar. lebih kurang 9.50 aku bergerak ke blok hadapan. blok 4. blok tempat kawan-kawan kelas menyewa. seperti biasa berjalan seorang. kadang-kadang berjalan berlagak macam model. perasan cantik. biasalah. haha. habis semua orang tahu rahsia aku. biarlah. sementara tunggu mereka turun, aku duduk di kerusi meja yang ada bawah blok 4. aku tengok ada 2,3 orang suri rumah sedang menyidai baju. penuh dedikasi. pagi-pagi dah mula buat kerja. pasti pagi tadi lepas solat subuh siapkan sarapan dan pakaian untuk suami dan anak-anak. hantar anak ke sekolah. paling tidak hantar anak naik bas. balik kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju. siap-siap untuk makan tengahari pula. selesai. tunggu anak-anak balik. hidangkan makanan. siapkan mereka untuk sekolah sesi petang pula. kemudian baru berehat. wow. kehidupan yang sibuk. kenapa aku cerita? saja. sekadar beritahu yang suri rumah tu ada banyak kerja walau hanya duduk di rumah. sekadar nak menghargai mereka yang bergelar suri rumah. sekadar nak kau tahu yang suri rumah itu juga bekerja. cuma tak ada gaji bulanan dan tak ada bos secara rasminya. haha. ouh. seronok pula fikir kalau pagi-pagi ada orang buatkan sarapan sebelum ke kelas. haha. buat sendiri lah. dah besar kan. sini saja rasanya. okay, babai.
p/s: tadi aku pergi kelinik. periksa telinga yang sakit. takut pekak katanya. tapi doktor kata bersih. haha. cuma bagi ubat sikit. kita kena prihatin dengan diri sendiri. kalau sakit, sila berjumpa doktor. sekian.
Rabu, 16 Februari 2011
Cerita Drama Korea.
baru tadi aku sedar yang aku masih ada beberapa rancangan kebanyakan korea yang belum aku tonton. aku ambil cakera keras luaran aku yang ada di bilik suffiah. aku lihat-lihat. ouh, Lelaki Berlari. aku mainkan. sambil makan biskut ritz cicah vico yang aku beli semalam dengan harga lapan belas ringgit Malaysia. tiba-tiba ada satu ayat yang pengacara rancangan itu sebut yang buat aku terfikir. pembalikan drama atau dalam bahasa pangkor lautnya drama reversal. mungkin. mungkin kisah aku macam tu. atau itu cuma aku yang berharap. haha. sejak dua menjak ni, aku tak keruan. kenapa? susah juga mahu terangkan itu. tapi jujurnya aku berharap itu. macam drama korea. suka. tak suka. akhirnya. penamat yang gembira. taktahu dengan yang mana satu. atau mungkin dengan yang akan datang. mungkin. segalanya mungkin. semua orang boleh bercerita dengan kemungkinan. tapi jadikan realiti. bukan tak mampu cuma tidak percaya diri sendiri juga Tuhan yang dipanjatkan doa. kalau kita percaya, Tuhan aturkan caturan hidup yang lebih baik. aku pun kadang-kadang terlupa. tapi bila kita ingat Tuhan, kita akan lebih tenang. cara cakap macam jiwa kacau. memang. tapi hari ini, aku kembali. kembali kepada diri sendiri. kembali mencintai-Nya yang jujurnya aku hamba hina ini telah lupa. sekian. babai.
p/s: jangan jadi macam aku. haih.
Ahad, 13 Februari 2011
Terima Kasih
sebab awak,
saya dah tau tengok bola.
sebab awak,
saya dah pandai masak nasi goreng.
sebab awak,
saya makan ubat yang biasanya saya tak makan.
sebab awak,
saya biasakan diri makan supaya tak sakit perut.
sebab awak,
saya pernah gembira.
sebab awak,
saya pernah tersenyum.
sebab awak baik,
sebab awak jaga saya,
sebab awak terlalu manis.
terima kasih,
terima kasih banyak-banyak,
terima kasih lagi sekali.
Rabu, 2 Februari 2011
Tak Faham.
kan dah berapa kali aku cakap. jangan kalau itu bukan maksud kau. atau kau sengaja buat-buat tak faham. dah aku cuba sehabis terang. cuba buat kau faham. tolonglah. aku manusia bukan boneka. tak mahu cakap banyak. sekian. babai~
Ahad, 9 Januari 2011
Yang Benar dan Yang Salah.
kadang-kadang aku taktahu,
apa yang itu benar,
dan yang itu salah.
kadang-kadang aku cuma baca,
cuba tak percaya,
tapi aku terkesan.
mungkin kalau mereka cerita,
aku boleh percaya,
dan aku boleh bertanya.
kadang-kadang aku ragu,
kalau-kalau keputusan itu,
yang sebaiknya.
dan kadang-kadang penyesalan itu ada,
cuma tak selalu.
aku tak mahu mereka berspekulasi yang salah,
dan memutar-belit yang benar.
moga satu hari nanti,
jelas nyatanya,
yang benar dan yang salah,
yang cuba definisinya aku beri.
Jumaat, 7 Januari 2011
Depresi.
minggu pertama. semester 4. ijazah sarjana muda komputer sains. pengkhususan (atau apa-apa) perkomputeran multimedia. masalah kelas. masalah bahasa. masalah kerja kursus. aku depresi. sampai nasi pun tak lalu nak masuk dalam anak tekak. aku cuba. aku lapar. tapi aku tak boleh nak paksa. baru minggu pertama. aku taktahu macam mana lagi berminggu-minggu nanti. sampai tidur pun mimpi masalah. kalau aku jadi manusia kering, kau tahu kenapa. sampai satu tahap, aku betul-betul rasa nak berhenti. ini serius tau. bukan main-main. tapi semua ada solusi. tak apa. aku tunggu solusi sampai. kalau tak, i'll go with the flow. sempat aku skeaping bahasa kedua yang mak aku ajar kat sekolah. aku nak solusi tu sampai cepat sikit. sebab aku dah cuba segala yang aku boleh. semoga kiriman aku yang akan datang lebih ceria. sekian. babai!
Sabtu, 1 Januari 2011
Dia. Cerita Kawan Baik.
cerita dulu. ya. dulu. aku tak sempat buat warkah terakhir tahun 2010. tapi biar aku mula dengan cerita seseorang tahun 2011. sebelum tu, aku minta maaf pada seseorang tu kalau kau tak suka aku cerita pasal kau. anggap saja ini surat aku minta maaf. satu masa dulu. tak berapa lama. sekitar tahun 2007. 3 tahun sudah aku kira. rapat dengan seseorang. dia baik. senyap. tak macam aku. bising. banyak cakap. center of attention. siapa sangka kami kawan baik. tapi tak mustahil kan? mungkin tak mesej hari-hari tapi kerap juga. panjang. setiap kali aku ingat, aku senyum. macam kambing. macam kerang. haha. apa-apa kau nak cakap. masih aku ingat permintaan dia. beri dia mesej dalam bahasa inggeris. itu memang sikit pun bukan masalah aku. tapi jujurnya, lama-lama dia makin bagus. lagi bagus dari aku. rasanya. rasa stroberi atau bluberi kau putuskan sendiri. dia seorang yang sederhana. cita-cita dia. cuma nak kerja dan ada keluarga. aku? nak buka studio animasi. nak sambung master kat jepun. nak jadi ketua pegawai eksekutif. hebat tak? bukan aku kalau cita-cita tak besar. haha. dia tak macam aku. belajar main-main. kalau aku genius tak apa jugak. dia bersungguh sikit. anugerah dekan hampir setiap semester. semester 1 tak. mungkin sebab kawan dengan aku. masih terlalu banyak yang aku ingat tentang kau. cerita kau nak belajar waktu malam tapi kena kacau, warna kegemaran kau. mungkin aku dah lupa makanan dan minuman kegemaran kau. atau aku memang tak pernah tanya. yang tu aku lupa. maafkan aku. tapi sebab satu peristiwa kita dah tak rapat. tak apa. salah aku. tapi aku nak kau ingat, kau tetap kawan baik aku. sampai bila-bila. sampai. bila-bila. walaupun kau tak fikir yang sama. aku minta maaf sebab aku tau kau pernah sakit hati dengan aku. kau tau kan aku sedih kalau kau kena apa-apa. jadi jaga diri kau elok-elok. belajar rajin-rajin. capai impian kau. kau boleh. sangat. akhir kata, kita memang tak rapat macam dulu tapi kalau ada masa, kita boleh keluar sama. kan?
Langgan:
Catatan (Atom)