Rabu, 6 Oktober 2010

Normal Yang Hilang

bila sistem saraf mengawal manusia,
bila hati dan perasaan menguasai minda,
segala kelakuan mengatasi norma.
rasionalku hilang entah kemana.
merayau-rayau aku mencari jalan pulang,
untuk kembali ke asalku,
namun masih aku kaku untuk berfikir.
apa harus aku lakukan?
suara-suara di belakangku,
yang versinya masing-masing tak sama,
menganggu akalku.
ah, sudah!
biar aku sendiri,
biar aku berfikir,
kerana yang akhirnya,
aku yang akan percaya,
apa yang harus aku percaya.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Langit Lukis Dengan Krayon.

saat aku dongak,
indah.
biru, putih.
kadang-kadang kelabu,
itu warnanya.
rasa tenang itu,
terus ke hati.
aku cuba tutupkan mata,
nyata hilang.
lantas aku kembali,
merenung kanvas itu.
saat ia bertukar hitam,
dan kelip-kelip keemasan menghiasi,
aku masih di situ,
merenung langit lukis dengan krayon.


Jumaat, 1 Oktober 2010

Entah.

Entah, penat, marah, sedih.
satu rasa,
bercampur-baur.
sampai bila,
entah.
bukan sekali dua,
tapi masih.
benar kata mereka,
hati itu rapuh.
pecahnya mudah,
bercantum payah.
entah,
mungkin ini yang terakhir,
mungkin juga ada lagi.
entah,
masa depan itu,
bukan hak sesiapa meneka.
hanya satu yang tahu,
dan itu tak ku ragu.

Pengikut