Rabu, 29 Jun 2011

Ceramah.

tadi waktu berbuka, mak utarakan tentang hasratnya untuk ke masjid. ada ceramah israk mikraj katanya. mula mula aku tak ada niat pun nak ikut tapi memandangkan mak bersungguh dengan hasratnya selesai solat maghrib aku siap. tapi aku cari stokin tak jumpa jumpa sampailah mak aku cakap tak payah pakai. haha. sampai masjid, ceramah dah start. untungnya belum masuk bahagian penting. aku duduk belakang seorang makcik ni. dia tulis nota. tapi yang buatkan aku kagum, dia tulis nota sepenuhnya dalam jawi. aku terfikir, ada lagi tak anak anak muda yang mampu buat macam makcik tu. aku pun belum tentu boleh tulis jawi dengan betul. mungkin ada kata kata yang menidakkan kekaguman aku. tapi cuba korang fikir, masih bolehkah korang tulis dalam bahasa jawi. makcik tu tak apalah, mungkin waktu zaman dia, dia tak ada belajar A,B,C. tapi kita ada belajar jawi. tapi masih bolehkah kita? walau hanya membacanya? kemudian aku tumpukan perhatian aku pada isi ceramah. kau pun tahu cerita yang selalunya ceramah israk mikraj ceritakan. tapi yang ini, sikit bezanya. penceramah tak bercerita banyak tentang apa yang terjadi pada malam israk mikraj tapi lebih kepada mereka yang berada di bumi aqsa, tentang apa sebenarnya pengertian sebuah perjalanan Rasulullah pada malam tersebut. beliau tunjukkan kami video tentang perjuangan mereka di sana. Subhanallah. hampir menitik juga air mata aku. nasib baik mak kat sebelah. aku berlagak tenang. haha. padahal dalam hati dah bergelora. teringat ceramah haritu bila tengok mereka berjuang biar senjata mereka cuma batu di tepi jalan melawan musuh yang lengkap berkereta kebal. biar umur mereka hanya 7,8 tahun, tapi mereka sendiri sudah tahu ertinya mempertahan agama. semoga Tuhan membantu mereka. kemudian, penceramah bercerita tentang solat. tentang pentingnya solat. Rasulullah sewaktu hayatnya pernah mencadangkan bahawa mana mana orang lelaki yang tidak solat berjemaah di masjid, rumahnya perlu dibakar. tapi itu hanya cadangan Rasulullah untuk menunjukkan bahawa betapa solat berjemaah itu dituntut. itu solat berjemaah, apatah lagi dengan solat 5 waktu. aku bukan sesiapa nak menegur. tapi ada satu perkara yang aku sentiasa ingatkan diri sendiri kalau nak berbuat sesuatu yang diluar arahan agama, kalau aku mati lepas tu. contoh macam dulu lah. aku bukan budak baik pun. tak dengar cakap mak. mak kata jangan pakai baju kecik, ketat. biasalah duduk jauh dari mak kan. kalau mak baca pos ni, tu dulu ya mak. sekarang dah tak. hehe. sekarang kalau aku ada rasa macam tu aku mesti ingat, cuba kalau aku pergi mana mana, lepas tu kemalangan, aku tak dapat diselamatkan. dan aku mati dalam keadaan aku pakai macam tu. Subhanallah. itu satu benda yang selalu menahan aku dari buat kerja kerja tak senonoh. Alhamdulillah Tuhan kurniakan aku rasa macam tu. tapi aku bukan nak cakap aku baik sangat. masih aku tak pakai stokin tangan, aku tak pakai stokin. penutupan aurat aku pun belum sempurna tapi aku cuba dengan pakai kasut tutup. pakai baju lengan panjang. cuba sikit sikit berubah. dari segi percakapan. aku tau aku kasar apa semua. tapi aku cuba. kadang kadang nafsu, benda yang paling besar kat dunia ni, hasut kita buat macam macam tapi yang boleh jaga kita cuma iman. untuk ada kekuatan iman, kita perlu minta kat Tuhan. macam mana nak mintak kat Tuhan, solat. solat tu kan wajib, ada dalam rukun Islam. tak buat rukun Islam, layak ke kita panggil diri sendiri Islam? jadi fikirkan dan sama sama kita berubah. sama sama kita bagi peringatan pada yang lain. sekian. salam.

Selasa, 28 Jun 2011

Naik Bas.

waktu tu aku semester 4. semester yang baru ni. waktu tu kalau aku tak silap, hari sabtu ahad. aku bangun awal dari sepatutnya aku bangun kalau cuti. kau pun tahu kan. kehkeh. tepat pukul 10, sudah terpacak di bawah blok9 menunggu bas. itu pertama kali naik sorang guna kad arnab. kau tahu apa benda aku paling benci, duduk sorang sorang dalam bas. secara automatik jadi senyap. dah lah waktu tu dah tak ada siapa nak mesej. haha. agak lambat bas sampai. aku sampai bertanya 5,6,7 kali pada kawan aku samada bas ada atau tak. biasa lah. jarang jarang aku dapat naik bas sendiri. hehe. ada lah dekat 15minit jugak aku tunggu baru bas sampai. aku halakan kad arnab kat mesin apa tah aku taktau. aku duduk. lagi satu benda aku paling tak suka, naik bas semua nak pandang. yello yello, aku makhluk asing warna oren bukan makhluk asing warna hijau. jalan punya jalan akhirnya sampai fakulti. aku dah seram. aku seram sebab aku taktau kena sentuh ke tak kad arnab kat mesin apa tah namanya tu. aku tengok ada orang sentuh, ada yang tak. aku pun taknak tanya orang waktu tu. bukan apa waktu tu mulut ada emas permata. tak boleh bukak. korang ada? aku tau tak ada. akhirnya aku turun tanpa sentuh kad arnab tu. aku bagitau kat Intan, dia kata kena sentuh. kalau tak, tak halal. aku dah gelabah ayam. tapi bila tanya KC, rupa rupanya sentuh lagi sekali tu sebab dia nak bagi balik doposen. leeeeeeeeeeee. jadi moral cerita ini ialah lain kali tanya orang. jangan buat buat tahu. sekian. okbai!

Sabtu, 25 Jun 2011

Jika Cinta.

jika cinta itu membawa aku derita,
maka aku rela tidak mencinta,
jika cinta itu buat aku terluka,
maka aku rela tak kenal siapa,
jika cinta membawa aku ke jalan yang gelap,
maka aku rela hidup di tempat yang terang,
biar tanpa cinta.
tapi,
jika cinta mengubah aku menjadi lebih baik,
maka kau kekalkan cinta itu hingga ke akhirnya.
jika cinta itu mendidik aku lebih tabah,
maka kurniakan aku satu.
kadang aku terfikir,
jika dunia tanpa cinta,
aku, kau, dia, mereka,
tak kenal satu sama lain.
dan jika cinta menyatu manusia menjadi aman,
maka kurniakan setiap satu cintayang hak,
yang kekal,
yang kekal untuk Tuhannya.
biar cinta subur,
mekar memperindah dunia.

Khamis, 23 Jun 2011

Kritik.

aku bukan tak boleh terima kritikan. aku okay. tapi sebelum kritik, bagi aku ruang untuk menjelaskan sesuatu. lepas tu kalau nak kritik, silakan. aku akan dengar aku akan terima. cuma yang aku tak boleh nak terima secara terus ialah kritikan tanpa penjelasan dari aku. aku sendiri suka dengar penjelasan dari orang. biar orang kata itu alasan, bagi aku keterangan, penjelasan itu penting. setiap benda yang berlaku pasti ada sebab. sekalipun nanti kalau aku kena bentangkan kertas kerja aku untuk projek tahun akhir dan pensyarah aku kritik aku tanpa aku ada ruang bersuara pun aku pasti akan tak puas hati. tapi aku tak puas hati pun lepas tu aku akan fikir, ya, betul apa yang mereka katakan. aku akan ambil semua yang baik dari kritikan yang aku terima. aku tahu bukan semua kritikan tu untuk menjatuhkan. tapi bila kerja, dan aku kena kritik, tu aku kena tahan. sebab bos bagi gaji. aku tahu. haha. aku pun tak bodoh. aku tahu realiti itu pedih. bukan semua bahagia. aku pun bukan lagi kanak kanak umur 12 tahun untuk orang beritahu apa yang baik, apa yang buruk. aku tahu bila aku perlu serius dan aku tahu bila aku boleh jadi diri sendiri. dan aku tak suka bila aku disamakan dengan orang lain. aku tak sama. aku bukan perempuan tipikal. AKU TAK. aku pun taktahu macam mana lagi nak terangkan. tak apalah. bukan semua orang percaya apa yang aku katakan. tak apa. aku bukan Tuhan nak tentukan kepercayaan kau. sekian. bai.

Tak Menang.


kalah. okbai.

Rabu, 22 Jun 2011

Beza.


aku,

kau,

kita,

mereka,

berbeza, tak sama. biar nampak serupa, tapi bukan.
cerita hidup, cerita cinta, punya jalan yang lain lain.
kita sendiri. selamanya sendiri.

Kira Umur.


21

22

23

24

25

bermula dari umur tersebut dan seterusnya, silalah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjawab soalan paling popular dalam sejarah, "bila nak kahwin?"

Duapuluhdua.

tak banyak yang berbeza, tak ada yang nak dicerita. 21 Jun cuma sekadar hari hari biasa seperti hari hari lain. cuma hari itu genap umur aku dua puluh dua. tak pergi mana mana, tak buat apa apa. aku sendiri malas nak sambut. haha. terima kasih buat semua yang sudi bagi ucapan hari lahir. aku terharu. jujur. terima kasih sebab ingat. dua puluh dua. umur yang cukup mematangkan aku. ada beberapa perkara buat aku terfikir. ya, mungkin juga mahu berubah. tapi bukanlah terlalu ketara atau berubah ke arah yang lebih negatif. biar aku sendiri yang tahu perubahan apa yang perlu. masa depan pun perlu difikirkan. kerja, hidup sendiri, tak lagi bergantung dengan mak dan abah. benda yang aku fikir setiap hari. hurm. hari lahir aku sama dengan hari lahir arwah abah kawan aku. kawan rapat aku. buat kau, kawan aku, tabah lah. abah dah tenang kat sana. kau jangan lupa sedekahkan dia al-fatihah dan jangan lupa kirim doa pada dia. mungkin aku tak faham dan taktau apa yang kau rasa tapi sebagai kawan, aku sayang kau. :). sekian sahaja untuk kali ini. babai.

Isnin, 20 Jun 2011

Twinkle Twinkle Little Star, Put Your Seat Belt In The Car.

versi yang agak berbeza dari kebiasaan kita mendengarnya. haha. biar tajuk dalam bahasa orang putih, tapi isi, masih lagi utuh dengan adat ketimuran dan tutur bahasa yang biasa dituturkan. tajuk di atas merupakan bait yang telah dinyanyikan oleh sepupu kepada sepupu aku yang haritu datang ke majlis perkahwinan sepupu aku. ha, berapa banyak sepupu daaaa. namanya danial. tapi aku tak berapa pasti nama penuhnya. aku kurang nak dengar sebab pelat. he used to live in australia. jadi korang faham faham lah berhabuk tak berhabuk bahasa inggeris dia. tapi dia seorang kanak kanak comel. dia nyanyi lagu tu sampai habis. tapi yang cuma aku ingat cuma 2 baris pertama tu je. haha. itu baru cerita danial. belum cerita haris, anak sepupu aku dan adik nadira. semua kanak kanak hebat. hariz, comel, pemalu. segak waktu hari tu jadi lelaki bunga. hehe. anak anak sepupu aku dua orang yang besar tu ada banyak cerita. seronok dengar. rajin tolong buat kerja. tak sombong dengan orang. adik nadira, she likes to pose and she's the cutest! maaf semorang. korang tak boleh lawan kecomelan adik nadira. kalau masuk pertandingan pun korang kalah. dengan aku aku kalah. eh, aku comel ke? haha. adik nadira sangat sporting. kalau ajak bergambar, dia akan ajar kami macam mana nak buat gaya. hehe. dan haritu aku seronok sebab jumpa ramai sangat budak budak dan dorang hebat! aku kalau ada banyak duit aku syak aku nak buat satu nursery. biar apa pun Intan Asmira dengan Izzat Shamir Hafiq nak cakap pasal nursery aku, aku tak kira. susah ke senang, korang tunggu je. sekian sahaja untuk kiriman kali ini. dan kanak kanak pada aku adalah anugerah Tuhan yang nilainya takkan sama sekalipun kau sama kan dengan semua harta yang ada kat dunia ni. sekian. bai.

p/s: memang kiriman ni tak ada kena mengena dengan tajuk. tapi tolong pakai tali pinggang keledar sewaktu menaiki kenderaan.

Rabu, 8 Jun 2011

Makhluk Sepi.

pohon yang dulu jadi tempat menghuni,
tempat kumpulnya cinta cinta,
kini, tak lagi ada sesiapa.
dahan yang dulunya dipenuhi daun kasih sayang,
sekarang gondol,
di hancur garuda benci.
makhluk sepi itu sunyi,
tak ada satu pun yang teman.
dia hilang semuanya,
pergi entah ke mana.
mencuba makhluk sepi itu mencari,
cuba perbetul mana salahnya,
tapi tak bertemu solusi.
makhluk sepi itu sendiri,
sudah lama biasa,
hidup kosong tanpa sesiapa di sisi.
makhluk sepi itu seorang,
duduk merenung bintang.
biar bintang tak seterang matahari,
masih tetap bagi cahaya,
masih tetap jadi peneman setia.

Selasa, 7 Jun 2011

22 dan Single.

single dan tak pernah ada boyfriend. jadi? bukan masalah besar pun. selagi aku tak susah kan sesiapa (selain mak abah aku. haha) aku rasa semuanya okay. motif kiriman ini? saja. saja nak cakap aku single. biarpun orang nak cakap aku loser sekurang kurangnya aku ada MARUAH DIRI. eh. haha. ada juga kata kata "biar betul, takkan lah", "ye je, ke nak naikkan saham je cakap macam tu?", "eleh, jual mahal lah tu,". pandangan manusia. siapalah aku nak halang. sedang aku pun ada pandangan sendiri. tak apa. terima kasih. nampak sangat korang ambil berat pasal aku. haha. tapi dah memang aku tak pernah ada pun. takkan aku nak cakap, "eh, saya dulu memang ada 15 bekas teman lelaki," amekaw. ada aku kisah aku tak ada. kadang kadang lah aku kisah. tapi selalunya tak. sebab perasan diri sendiri suci. okay, korang dipersilakan untuk muntah hijau, kuning, jingga, merah jambu. aku tipu kalau aku cakap aku tak pernah suka sesiapa. kalau tak pernah ada sesiapa menghuni hati aku. dusta semua tu. bukan aku tak pernah patah hati. kecewa. tengok saja kiriman kiriman aku yang lepas. bukan main lagi. tapi aku dah okay. mungkin tak sepenuhnya. tapi boleh lah. haha. walaupun kebanyakan orang pada umur 21,22,23 dah kahwin, tunang, aku jujurnya tak ada hati lagi. mungkin sebab aku tak ada seseorang macam orang lain. mungkin. boleh jadi. atau terlalu sibuk jadi diri sendiri. kepada sesiapa yang sudah bertemu jodoh, Alhamdulillah. moga Allah kekalkan jodoh sampai bila bila. aku mungkin tak ada cerita cinta yang hebat, tapi biar aku dengan hidup yang berjaya. dunia dan akhirat. insyaAllah. sekian sahaja tazkirah sebelum isya' kita. renung renungkan dan selamat beramal. haha. kepada semua baik yang berpunya mahu yang bujang, hidup bukan sekadar mencari pasangan. dunia penuh dengan benda yang menarik. so, don't forget to explore and learn. aku nak taip dalam bahasa melayu, tapi aku tak jumpa perkataan yang sesuai. haha. sekian. sampai sini. bai!

Kartun Adalah Comel.

hari ini aku bosan. sangat. terasa menyesal tak ikut mak dengan abah ke Kuala Lumpur. tambahan pula harini memang tak puasa. kerja gunting menggunting, lukis melukis sudah hampir siap. tinggal mewarna. tapi cis aku tertinggal pen warna kat rumah maksu. 1450. aku buka tv9. haiwan perliharaan yang hebat. atau wonderpets. comel sungguh. dah lah kecik. dengan suara kau lagi. aku rasa nak picit picit. haha. lepastu, rancangan el-tigre. lagi satu cerita kartun comel. kecik kecik je kau lukis kan. aku dah tak ada modal nak taip apa. nampak sangat keboringan aku di tahap melampau. kau taktau berapa banyak kali aku tersalah taip. rumak, kenoringan. tapi ada satu benda aku nak cakap. kadang kadang kartun ajar aku perkataan baru. maksud aku, kartun bahasa inggeris. dan kadang kadang ajar aku buat ayat dengan penggunaan tatabahasa yang betul. wow! kedengaran sangat hebat. aku taktau dah nak merepek apa. sekian. babai.

Isnin, 6 Jun 2011

Set Fire To The Rain


Sometimes I wake up by the door,
The heart you caught must be waiting for ya,
Even now when we're already over,
I can't help myself looking for ya.

"Well, it felt like something died,
Cause I knew that that was the last time."

Someone Like You


I hate to turn up out of blue uninvited,
But I couldn't stay away, I couldn't fight it,
I'd hope you'd see my face and that you'd be reminded,
That for me it isn't over.

"Sometimes it lasts in love,
but sometimes it hurts instead"

Mak.

aku ada seorang mak. sebab abah aku cuma ada seorang isteri. atau erti kata lain abah aku tak kahwin dua, tiga, atau empat. mak aku seorang jelitawan. sebab hidung dia mancung. sayang. aku tak ikut. kalau tak pasti wajah aku persis julia ziegler, paling tidak nora danish ke siti saleha ke. haha. berangan sungguh. suara dia. huiiiii~ memang kalah lah suara aku. dia wanita hebat. wanita bekerjaya. biar bukan usahawan tapi dia hebat sebab dia yang jadikan mereka jadi usahawan, jadi jurutera, jadi dokter. senang kata kalau otak kau tak mampu memproses maklumat tersebut, mak aku adalah seorang cikgu. cikgu bahasa inggeris. jadi jangan salahkan aku kalau bahasa inggeris aku tak pernah dapat B. sekian. haha. bragging. kegilaan utama mak aku adalah bag tangan dan kasut. macam aku. kami suka barang barang wanita. cuma mak lebih suka yang berjenama. kalau aku, aku suka lagi yang nampak cantik pada aku. biar tak ada jenama. tapi kalau ada jenama bonus lah kan. mak aku paling suka kalau dia nak pergi membeli belah aku ada. kalau aku ada, kalau boleh semua kompleks membeli belah dia nak lawat. hehe. sebab aku selalu bagi nasihat berguna untuk membeli belah tambah aku tahu jalan walaupun aku tak memandu. itulah gunanya Satelit Kedudukan Global atau GPS. haha. mak aku jenis orang yang sangat ambil berat tentang anak anaknya. lagi lagi soal masa depan. mesti kau nak cakap, semua mak macam tu. tapi mak aku lebih sikit. dia siap buat kajian kursus yang kami ambil. cari perspektif kerja. kat mana nak kerja. tempat praktikal aku tahun depan pun dia dah carikan. amekaw. begitu carrying (kata Adinda) sekali. mak aku adalah hebat sebab pagi pagi masak sarapan seorang diri (kalau dia tak kerja) kalaupun anak dara dia tak bangun tolong. dia boleh ukur berapa banyak air untuk cekodok walaupun waktu tu dia tak ada kat dapur. senang kata, mak aku memang hebat gila. wanita super kot. kalau nak cerita sayang, memang tak cukup satu dunia nak cerita. dia tengok gigi aku terabur, dia suruh aku pasang pendakap. dia taja. dia tengok aku tak ada laptop, dia bagi aku laptop dia baru beli. dia beli baru. sama macam telefon bimbit. dia tengok aku pakai yang murah, dia bagi yang dia punya yang skrin sesentuh. alasan taktau pakai. dia beli yang baru. tapi selalunya dia beli yang tangan kedua. sayang kan mak aku kat aku. komputer riba aku rosak, dia tanya, kursus aku sesuai pakai yang mana, tentu lah yang buah tu. dia kata, kumpullah duit, nanti boleh tambah sikit. dia tengok muka aku teruk, dia suruh beli simplysiti. terkejut mak nak. mahal tuuuuu. nasib baik tak beli lagi. haha. selalu kalau aku pergi belajar kat shah alam tu, dia pesan, jaga aurat. jangan lupa baca al-quran. ya mak. kakak buat. cuma bab yang aurat tu, sikit sikit lah ni. hehe. jadi, itulah cerita mak aku. panjang kan. aku tau korang tak baca. peduli apa aku. sekian dulu hingga waktu ini. nanti aku muat naik lagi. sekian. babai.

Pengikut