Sabtu, 26 Mei 2012

Cerita Perlis, Pendakap Gigi dan Animasia.


Perlis

seberat mana rasa bersalah aku terhadap mereka takkan dapat mengubah kenyataan yang aku membuat keputusan di saat akhir untuk tak ke sana. dengan keputusan itu, aku mungkin dah ubah persepsi kawan kawan aku atau juga mengubah hubungan kitorang. yang mungkin cuma dapat aku katakan, aku minta maaf banyak banyak. aku mungkin tak rasional, aku mungkin tak fikirkan orang lain, aku mungkin pentingkan diri sendiri. aku mengaku. aku minta maaf.

Pendakap Gigi

duduk di kerusi tanpa kipas berputar. ah, panas. seberapa ketika menanti andai kipas itu dengan magisnya terpasang dan benar ia terjadi. cuma ada aku dan seorang pakcik. tak berapa lama, nama aku pula dipanggil. "harini buka pendakap ya," kata doktor. aku sudah mengagaknya. aku biarkan doktor melakukan kerjanya. sesekali rasa sakit dan ngilu. waktu berkumur warna air agak kemerahan tanda gusi berdarah. selesai doktor dengan kerjanya aku keluar. "hari selasa saya akan pasangkan retainer," dan sejak detik itu, aku bukan lagi budak gigi besi.

Animasia

pertama kali aku memohon untuk menjalani latihan industri aku terasa seperti ada desakan riang untuk aku ke situ. aku mohon dan dipanggil temuduga. aku dapat. kawan kawan juga. tapi cuma aku yang memilih untuk ke situ. sejak keputusan hari itu, aku tahu aku kena belajar berdikari. belajar hidup sendiri, cari rumah sewa sendiri, ke tempat kerja sendiri, cari kawan baru sendiri. kuat. cuma itu yang aku harap.

tiga keputusan. bakal mengubah hidup aku. sehingga tahap mana? aku pun taktahu. mungkin perlu tunggu. sehari, dua hari, dua minggu, atau mungkin bulan mungkin tahun. baik buruk cuma Tuhan yang tahu. sehebat mana kita merancang, takkan pernah menang dengan rancangan Tuhan.


Ahad, 20 Mei 2012

Cinta Muka Buku


cerita mereka bukan aku,
bertemu pun tak,
aku doakan bahagia.

Ahad, 13 Mei 2012

Pelik.

hari itu gadis berbaju ala vintaj. temani dua orang rakan ke temuduga. keadaan sesak. penuh jalanraya dengan kereta kecil, besar yang kebanyakannya dinaiki cuma seorang. rugi. pencemaran. waktu temuduga pukul 10. sampai ke tempat dituju pukul 9. mereka ke restoran untuk sarapan. si vintaj memesan teh tarik dan roti canai. tipikal. mereka bersembang. tentang banyak perkara. sesekali gelak tawa terselang. belum pukul 10, rakan si vintaj dapat panggilan untuk siap sedia di temuduga. masing masing cemas. mereka sampai. kertas untuk diisi diberi. cuma perlu menunggu si penemuduga datang. bila si penemuduga datang, kedua rakan vintaj di temuduga satu persatu. uh. cemas lagi. satu satu keluar dengan muka kecewa. sukar katanya. masing masing sudah beranggapan bahawa di situ bukan tempat mereka. mereka terus pulang ke fakulti. kelas pukul 2 yang sepatutnya ada kuiz terbatal dek kerana pensyarah terlupa. pensyarah memulakan kelas syarahan. sesekali si vintaj memandang sekeliling kelas. tumpuannya tak lama. cuma sepuluh minit setiap sesi. si vintaj pandang ke belakang. ouh. seseorang sedang memerhati. mungkin kebetulan. si vintaj cuma tersenyum. kelas seterusnya jam 4. cuma presentasi. si vintaj buka pemain lagu sesentuh miliknya dan membuka aplikasi burung biru tempat dia selalu meluahkan perasaan dan kadang kadang sekadar berkarya. tiba tiba hati kecil si vintaj memintanya keluar sebentar dari kelas. dia bangun. sekali lagi terlihat seseorang yang tadi memandang. mungkin sebab aku bangun. detik si vintaj. selesai merehatkan minda sebentar si vintaj masuk kembali ke kelas. seseorang itu kembali memandang. mungkin kebetulan. si vintaj berjalan menuju ke tempat duduk. seseorang masih tak lepas memandang hingga membuat si vintaj kembali membalas pandangan. seseorang memandang ke depan. ouh, pelik. mungkin kebetulan. tapi tiba tiba. ini tak pernah terjadi. ini, PELIK.

Pengikut