Selasa, 12 Julai 2011

Cinta dan Nafsu.


Berikan aku cinta tanpa nafsu,
Agar ia bisa menjaga aku dan dirimu.

Jumaat, 8 Julai 2011

Hadiah Untuk Intan.

tangan gadis kecil itu menghulur meminta sesuatu sedang aku ketika itu tidak punya apa apa. aku senyum. sekeping duit syiling pun tidak terisi dalam poket. gadis itu berlalu dengan wajah kecewa. entah kenapa, itu meninggalkan sesuatu dalam jiwa kosong aku. aku bangun dari tempat dudukku. berjalan tanpa arah tuju. ke rumah mungkin. tapi aku taktahu. teringat ingat pada wajah gadis tadi. aku mengeluh kecil. tin yang tidak dibuang dengan betul ke dalam tong sampah bergolek di atas jalan di sepak perlahan. aku memandang langit. cerah namun berangin. aku tundukkan wajah. eh. syiling lima puluh sen. aku ambil. berhasrat membeli sesuatu. di situ aku lihat gadis kecil tadi berdiri di luarnya. sekadar memerhati mereka yang keluar masuk. aku ke dalam kedai tersebut mencapai sebatang lollipop. aku keluar dan mencangkung menyamakan kedudukan dengan gadis tadi. aku menghulur lollipop yang tadi aku beli. dia tersenyum lebar menampakkan baris gigi yang agak unik. aku bertanya akan namanya. "Intan,". ringkas tapi cukup berkesan.

Ahad, 3 Julai 2011

Yang Selamanya.

bila kaki itu lebih suci,
dari muka yang dibasuh dua kali sehari,
kau katakan mana mungkin,
sedang kaki itu letaknya paling bawah atas dunia,
dan muka di atas sekali badan manusia.
kerana kaki itu dibasuh lima kali sehari,
dan setiap kali yang lima itu,
kepala yang di atas sujud,
menyamakan kedudukannya dengan kaki,
yang tadi kau katakan kotor.
manusia, kau harus sedar,
yang kotor bukannya tak suci,
dan yang atas,
bukan sentiasanya sama.
dan dunia bukan cuma fana,
sedang akhirat itu selamanya.

Mana Mungkin.


sedang bangsa yang tolol itu malah diperbodohkan,
agama yang elok itu lagi diperolokkan,
mana mungkin kau kata siapa yang adil.

Perihal Tempe.

petang itu dia duduk bersenang lenang di hadapan televisyen sehinggalah diganggu amannya oleh suruhan ibunya. apa? potong tempe? potong keharmonian petang yang dinikmatinya. ah. katanya. mana aku tahu. cuma sekadar dalam hati. semua tempe dalam peti ais itu perlu dihiris halus dan digoreng. pesan ibunya. dia melangkah berat. membuka peti ais dengan perasaan membuak. dibuka satu satu bungkusan daun pisang beserta suratkhabar itu. ada 3 bungkus semuanya. bungkusan pertama, dia pelik. dia letak ketepi. bungkusan kedua, eh? sampai ke bungkusan terakhir, dia mula berkerut. dengan perasaan takpuas hati dia ke bilik ibunya. "mak, semua tempe tu berkulat lah," ibunya terkejut tapi dengan tenang memberitahu "tempe. memang macam tu". lah. dia malu. biasalah. baru pertama kali melihat tempe yang belum di masak. siap tempe dipotong, minyak mula di panas, dan tempe mula di goreng. mula juga aroma yang merangsang 5 deria rasa di biji biji kelenjar dalam mulut. siap. satu satu tempe goreng itu masuk dalam perut gergasi yang bocor. sehinggalah habis. tak sempat dibuat lauk. hebat penangan tempe. cuma dia harap sekali jika disuruh memotong tempe dia kenal tempe itu bagaimana rupanya.

Tuhan.


Tuhan sukakan sesuatu yang baik,
yang indah.
bukan sesuatu yang mencela.

Jumaat, 1 Julai 2011

Belajar Memasak.

aku tak reti memasak. dulu. waktu aku sebelum habis spm. aku tak suka memasak. dulu. sebelum mak aku pergi haji. nak kata sekarang aku terer tu memang tak lah. setakat sikit sikit kadang kadang tawar kadang kadang terlebih air kadang kadang terlebih sana sini tu boleh lah. aku belajar masak bukan macam orang lain. aku belajar masak dengan abah aku. pertama kali nak masak, abah bagi buku resipi tengok apa yang nak masak untuk hari tu. pergh! mana aku tau waktu tu. tapi aku masak jugak. dua lauk. haaaa, korang ada? tapi lama lama aku dah tak guna buku resipi tu. mak bagi resipi dia secara lisan pagi pagi sebelum pergi sekolah nak mengajar. lagi haru aku nak mengingat. tapi lagi sekali aku berjaya sebab pernah tengok mak masak, pernah tolong dia sikit sikit. korang ada? haha. tapi sekarang setakat nak masak lauk biasa yang kat rumah ni makan, boleh je. lagi lagi kakcik ada kat rumah. kalau aku taktau, kakcik ada. boleh masak. aku taktau masak pedas. tak reti. rasa pelik. lagipun selalu abah yang masak pedas pedas tu. tapi pedas abah tu tak pedas macam orang lain sebab kami tak biasa makan pedas sangat. teringat waktu mula mula tolong mak abah masak. kadang kadang lupa nak basuh bawang, kadang kadang salah potong, kadang kadang nak buat ulam aku hiris macam nak makan pecal. kadang kadang sayur entah macam mana jadi. haha. tu belum bab kuih raya. dalam banyak banyak kuih raya, aku punya yang paling tak ada rupa. tapi kuih raya aku yang habis dulu. sedap rupanya. sebenarnya kalau rajin mengembara (apakah explore dalam bahasa melayu?) resipi, memang seronok nak memasak. lagi lagi kalau sedap dan habis. whoa! jadi bagi sesiapa yang tak pernah memasak tu, cuba cuba lah memasak. tapi nak cakap orang pun dulu aku pun tak suka memasak. haha. sekian. tu je aku nak merepek. bai.

Pengikut