Selasa, 30 Oktober 2012
Cinta dan Khianat.
0020. aku lihat skrin telefon bimbit. kosong. entah dari siapa yang aku tunggu walau sebenarnya aku tahu. kecewa? tidak. cuma sedih. rasa seperti diperbodohkan. biar luar aku segar dek basahnya air mengalir mandi tadi tapi bukan dalaman. dalaman rasa lunyai, lesu, tak bermaya. aku duduk. mengenakan rutin harian untuk muka. sikit sikit aku letakkan cecair putih lutsinar atas permukaan wajah yang tak secantik mana namun syukur lengkap sempurna anugerah Tuhan yang Esa. selesai. aku ambil komputer riba. cuba mencoret apa yang aku rasa. betrayal. huh. entah mana pergi waras aku. percaya yang kau akan tunggu. mungkin aku yang berharap terlalu tinggi. mana ada lagi lelaki seperti itu wujud. atau mungkin ada. cuma aku tak lagi percaya. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga. tak perlu aku kira berapa. penat dah rasanya. biar tak pernah bercinta tapi aku dah rasa putus asa mencari. bila ada yang luahkan rasa suka, tapi hanya setakat itu. tak mencuba lebih jauh. aku sendiri taktahu. mungkin semuanya salah aku. aku yang terlalu ego. aku yang terlalu ikut perasaan. bermain dalam permainan yang menjerat aku sendiri. akhirnya aku yang kalah. aku berdosa. aku tahu. malah Tuhan lebih tahu kebenaran itu. untuk kau dan kau. aku takkan pernah membenci sebab kau dan kau pernah jadi sebahagian fantasi masa depan aku. biar sayang itu pudar dan hilang tapi ingatan itu kekal. biar kau dan kau berbahagia dengan sesiapa sahaja yang di sisi. aku? cuma mohon jangan, jangan, jangan pernah sesekali cuba untuk sekali lagi menjadi sebahagian hidup aku. sikit pun aku tak mahu. biar aku bebas dari belenggu kau dan kau si masa silam aku. biar hidup tentukan kemana hala aku nanti. cukup sampai sini. aku tak mahu kau dan kau jadi penghalang. aku ada cita cita. aku ada impian. sampai aku capai apa yang aku mimpi. semoga dalam perjalanan nanti aku ketemu si dia yang bakal menemani aku menjadi peneman setia hingga ke alam seterusnya.
Khamis, 26 Julai 2012
Tuhan Ada, Sayang.
Tuhan itu ada, sayang.
sentiasa memerhati.
biar sukar mana cabaran,
Dia ada.
sentiasa jadi tempat bergantung dan berharap,
biar tika itu kita tak punya siapa.
Tolong.
hari kedua menjalani latihan industri. rasa macam dah dua tahun. seorang. tak ada kawan. rasa putus asa kuat sangat. tak ada teman bercerita apatah lagi bertanya. terpaksa juga gagahkan diri tanya orang sebelah sebelah walaupun malu. mana tak, semua LELAKI! malunya. ada juga perempuan tapi berapa ramai sangatlah. duduk semua jauh jauh. hurm. petang sebelum balik. pukul 5. Carrie (kalau betul ini nama dia dan begitu ejaannya) datang ke meja. "Aina, u tak sejuk ke duduk sini? Saya lalu sini pun sejuk. U mau pindah tak?" aku jawab mana mana pun boleh. "Aiyaaa, u ni yang mana satu. dushhhh!" dan kemudian aku berkeputusan untuk pindah. memang tempat baru jauhhhhhhhhhh tak sejuk dari tempat lama. cumaaaa... ah. biar aku habiskan cerita. "Saya panggil 2 orang handsome boy tolong u angkat ya," kata Carrie lagi. nampak ada 2 orang jejaka Cina sedang mengemas meja yang bakal aku duduk. tiba tiba datang seorang jejaka Melayu datang. ouh. "Nak pindah eh? Save dulu kerja tu. lepas tu shut down. Nanti saya angkat," hoi, gembiranya hati melonjak sama Tuhan saja yang tahu. comel. detik hati aku sikit gatal. dia bantu. sepanjang masa membantu dia senyum. jelas nampak lesung pipi sebelah kiri. aku punya sebelah kanan. ouh. adakah? ah. jangan nak fikir panjang. nanti kecewa. diri sendiri yang merana. padan muka. jangan berharapan. mungkin dia lakukan yang sama pada orang lain. tapi harini rasa macam dia pandang pandang aku. hahahahaha. okbai.
Ahad, 1 Julai 2012
Jodoh dan Kita
Kalau kita berjodoh,
Tuhan pasti ada rancangan untuk temukan kita.
Biar manapun tempat kita di dunia,
percayalah, satu hari bertemu jua.
Ahad, 24 Jun 2012
Sabtu, 23 Jun 2012
Perjalanan Kita dan Takdir.
perjalanan aku masih jauh,
bertemu sang cinta.
mungkin jodoh kita di syurga.
biar takdir membawa kita,
ke satu destini pasti,
tempat kau dan aku bersama.
Khamis, 21 Jun 2012
Jumaat, 15 Jun 2012
Rabu, 6 Jun 2012
Sabtu, 26 Mei 2012
Cerita Perlis, Pendakap Gigi dan Animasia.
Perlis
seberat mana rasa bersalah aku terhadap mereka takkan dapat mengubah kenyataan yang aku membuat keputusan di saat akhir untuk tak ke sana. dengan keputusan itu, aku mungkin dah ubah persepsi kawan kawan aku atau juga mengubah hubungan kitorang. yang mungkin cuma dapat aku katakan, aku minta maaf banyak banyak. aku mungkin tak rasional, aku mungkin tak fikirkan orang lain, aku mungkin pentingkan diri sendiri. aku mengaku. aku minta maaf.
Pendakap Gigi
duduk di kerusi tanpa kipas berputar. ah, panas. seberapa ketika menanti andai kipas itu dengan magisnya terpasang dan benar ia terjadi. cuma ada aku dan seorang pakcik. tak berapa lama, nama aku pula dipanggil. "harini buka pendakap ya," kata doktor. aku sudah mengagaknya. aku biarkan doktor melakukan kerjanya. sesekali rasa sakit dan ngilu. waktu berkumur warna air agak kemerahan tanda gusi berdarah. selesai doktor dengan kerjanya aku keluar. "hari selasa saya akan pasangkan retainer," dan sejak detik itu, aku bukan lagi budak gigi besi.
Animasia
pertama kali aku memohon untuk menjalani latihan industri aku terasa seperti ada desakan riang untuk aku ke situ. aku mohon dan dipanggil temuduga. aku dapat. kawan kawan juga. tapi cuma aku yang memilih untuk ke situ. sejak keputusan hari itu, aku tahu aku kena belajar berdikari. belajar hidup sendiri, cari rumah sewa sendiri, ke tempat kerja sendiri, cari kawan baru sendiri. kuat. cuma itu yang aku harap.
tiga keputusan. bakal mengubah hidup aku. sehingga tahap mana? aku pun taktahu. mungkin perlu tunggu. sehari, dua hari, dua minggu, atau mungkin bulan mungkin tahun. baik buruk cuma Tuhan yang tahu. sehebat mana kita merancang, takkan pernah menang dengan rancangan Tuhan.
Ahad, 20 Mei 2012
Ahad, 13 Mei 2012
Pelik.
hari itu gadis berbaju ala vintaj. temani dua orang rakan ke temuduga. keadaan sesak. penuh jalanraya dengan kereta kecil, besar yang kebanyakannya dinaiki cuma seorang. rugi. pencemaran. waktu temuduga pukul 10. sampai ke tempat dituju pukul 9. mereka ke restoran untuk sarapan. si vintaj memesan teh tarik dan roti canai. tipikal. mereka bersembang. tentang banyak perkara. sesekali gelak tawa terselang. belum pukul 10, rakan si vintaj dapat panggilan untuk siap sedia di temuduga. masing masing cemas. mereka sampai. kertas untuk diisi diberi. cuma perlu menunggu si penemuduga datang. bila si penemuduga datang, kedua rakan vintaj di temuduga satu persatu. uh. cemas lagi. satu satu keluar dengan muka kecewa. sukar katanya. masing masing sudah beranggapan bahawa di situ bukan tempat mereka. mereka terus pulang ke fakulti. kelas pukul 2 yang sepatutnya ada kuiz terbatal dek kerana pensyarah terlupa. pensyarah memulakan kelas syarahan. sesekali si vintaj memandang sekeliling kelas. tumpuannya tak lama. cuma sepuluh minit setiap sesi. si vintaj pandang ke belakang. ouh. seseorang sedang memerhati. mungkin kebetulan. si vintaj cuma tersenyum. kelas seterusnya jam 4. cuma presentasi. si vintaj buka pemain lagu sesentuh miliknya dan membuka aplikasi burung biru tempat dia selalu meluahkan perasaan dan kadang kadang sekadar berkarya. tiba tiba hati kecil si vintaj memintanya keluar sebentar dari kelas. dia bangun. sekali lagi terlihat seseorang yang tadi memandang. mungkin sebab aku bangun. detik si vintaj. selesai merehatkan minda sebentar si vintaj masuk kembali ke kelas. seseorang itu kembali memandang. mungkin kebetulan. si vintaj berjalan menuju ke tempat duduk. seseorang masih tak lepas memandang hingga membuat si vintaj kembali membalas pandangan. seseorang memandang ke depan. ouh, pelik. mungkin kebetulan. tapi tiba tiba. ini tak pernah terjadi. ini, PELIK.
Selasa, 10 April 2012
Rabu, 21 Mac 2012
Tujuh Ringgit Tujuh.
ah, mengantuk! jeritnya dalam hati. walau cuma dua kelas yang perlu dihadiri. pukul dua belas tergelincir sikit kelas habis. dia berlari ke tandas. sesudah selesai, dia menyertai rakan-rakannya yang beramai ramai menuju ke destinasi seterusnya. kedai makan. tapi dia risau. kerana hanya cuma ada seringgit dalam dompet. dia merapati seorang kawannya. "nanti boleh singgah ATM tak?" pinta dia. si rakan beri kata setuju. ATM pertama di tuju, penuh manusia berbaris. ATM kedua juga sama. jadi mereka setuju untuk mencari ATM lain di luar berdekatan tempat makan. tapi tiba tiba tempat makan di tukar. ah. tak kisah lah. asal ada tempat keluar duit. mereka manuju ke tempat makan. dia mengambil nasi dan satu satu lauk diperhati. ah. payah benar memilih. akhirnya dia memilih sayur dan 3 ketul sotong sambal. dia duduk. kakak tukang kira datang. kemudia datang seorang lagi. mereka berbincang. entah tentang apa. sekeping kertas tertulis harga diletak di sebelahnya. dia melihat ke atas kertas tersebut. gulp!
Selasa, 20 Mac 2012
Mengharap.
kurung merah jambu bunga ungu di sarung. tak lupa bawal kelabu di kepala. dia berjalan ke stesen bas depan rumah. lapan tiga puluh. ada ramai yang menunggu. ini tak biasa. detik hatinya. bas yang dinanti tiba, tapi. ah. penuh. mujur dapat dia membolos meletakkan dirinya dalam tasik manusia yang berhimpit bak ikan sardin dalam tin. dia lewat tiba. kelas sudah bermula hampir sepuluh minit. kertas yang diedar dan dibaca sudah hampir separuh. kelas waktu pertama agak bosan. dia tidur dalam kelas. mungkin agak kurang manis seorang gadis tidur dalam kelas apatah lagi di waktu pagi tapi dia tak peduli. sepuluh setengah, kelas kedua bermula. mata mula meliar mencari seseorang. tapi jam hampir menunjukkan sebelas sepuluh. ah. mujur syarahan tak lama. seterusnya cuma aktiviti kumpulan berdua. dia kecewa. tapi mungkin dia yang salah. dia terlalu dewasa untuk masih berfikir seperti kanak kanak. atau mungkin tak cukup dengan pengalaman lalu yang mengajarnya. atau mungkin juga dia tak pernah putus asa. kompilasi andaian andaian lengkap. entah. atau mungkin sekadar ingin mengisi hati yang kosong. apa mungkin cukup dia bersedia untuk sekali lagi mengarang bunga menghiasi tanah tandus yang kering yang cuma dihiasi sisa buah buah manis yang dulu pernah mekar? entah. dia sendiri tak ada jawapan. cuma Tuhan yang tahu. kerana Nya lah yang mengatur perjalanan hidup dia yang masih panjang. atau pada fikirannya masih.
Isnin, 19 Mac 2012
Lupa.
lupa.
17 haribulan Mac
lupa.
aku makin tua. bukan makin muda. atau mungkin banyak sangat semut yang aku telan. aku pun tak tahu.
tapi untuk mereka aku ucapkan, selamat hari lahir terlewat. segala kesulitan amat saya kesali. -___-"
Ahad, 18 Mac 2012
Langgan:
Catatan (Atom)