Selasa, 30 November 2010

Kenapa Kau Hensem?

hari ini aku habiskan masa aku dengan menonton cerita korea semata-mata. dan acapkali aku jatuh cinta. cis! kenapa kau comel sangat? asyik-asyik aku jatuh cinta. nasib bukan jatuh tangga. tak adalah sakit sangat fizikal aku. sakit lah sikit sebab asyik mencari posisi yang sesuai untuk menonton dengan selesa. aku tak suka sangat drama korea. bercinta sangat. aku suka rancangan mainan mereka. haha. kelakar. memang gigi kau tak kuning. maksud aku, tak kering. tapi aku tak faham kenapa tak kering gusi? sebab kalau aku asyik ketawa, gigi aku kering sebab hilang air liur. kering dek oksigen lalu lalang. eh, tapi gusi kan. apa yang aku jauh menyimpang simpang ampat melaka ni? ah, sama sajalah. dua-dua kering. aku dah kehilangan kata-kata. haha. yang penting kau memang meruntun jiwa gadis. bagi yang belum terjebak, baik kau jauhkan diri dari mereka si mata tak besar sangat ni. nanti kau menyesal. nanti kau rindu. nanti kau jadi macam aku. dah tak tahu berbahasa ibunda sebab asyik belajar bahasa baru. tapi bagus juga kan? tahu banyak bahasa. senang melancong ke seberang negara. haha. bagi yang baru terjebak tu, kau jangan bangga sangat kenal artis yang sekerat dua kau tahu. yang lain siap tahu komposer, pemilik syarikat, pembantu peribadi. silap haribulan makcik cleaner yang sapu bangunan syarikat rakaman pun mereka tahu. hebat tak? haha. sudah. aku nak sambung jatuh cinta. babai! ;D

Isnin, 29 November 2010

Teringgal.

ah, *katanista*! itu aku. tertinggal. macam bagus. atau aku yang salah letak? malas aku nak cari malam buta macam ni. perasaan mengantuk aku pun dah terhakis dek mencari barang. *katanista*. rasa nak menejrit. kalau menjerit pun apa boleh aku buat. pembantu penghilang jerawat aku tak boleh jalan kaki balik sini. dia bukannya ada kaki. salah aku yang tak letak. patut aku pasang satu. sekali dengan cip penggera. sebab bila aku lupa dia boleh berbunyi ingatkan aku. cis! aku marah ni. nak beli baru. karun tak bagi lagi aku peta nak cari hartanya. mana aku nak korek duit. si gemuk? cuma ada satu ringgit empat puluh sen. haih! aku malas nak mencoret panjang malam ni. nanti aku mencarut. maksud aku *katanista*. aku pun pandai juga hal-hal censored mencensored ni. ingat kau saja? ah, dah la. aku nak menjerit ni. *katanista*katanista*katanista*

Ahad, 28 November 2010

Mengantuk.

apa masalah aku? tidur sudah. tapi batinku menjerit jangan sedang mata meronta. biskut meri perasa kopi menemani aku di sebelah. sedang adik aku tidur lena di sebelah lagi satu. mereka menjerit. perihal bola lah tu. macam aku taktau malam ini ada perlawanan. macam mana aku tau itu sungguh ajaib. dah berpusu-pusu mereka yang jantinanya lelaki menaik tarikh (sila terjemah dalam bahasa inggeris) status lawan bola di muka buku. aku pula tak baca. mustahil! urm~ wangi bau biskut meri ni. bila lagi nak mencair dalam mulut berpagar besi? tunggu si mulus jari jemari aku mencapai satu persatu kepingan biskut meri tersebut. lebih enak kalau dicicah dalam mocha. tapi aku yang kadang-kadang malas ni tak mahu bangun. haha. kau percaya? aku sendiri tak percaya. beberapa jam lagi aku graduasi. aku duduk sebelah kawan aku bernama noni. puas aku mencari siapa gerangan bertuah duduk di sisi aku. noni rupanya. si rupawan yang selalu bertikam lidah tak setuju waktu kami sama-sama di melaka dulu. cara aku cakap macam aku dah lama sangat meninggalkan zaman diploma. padahal umur jagung yang setahun tu pun aku tak sampai lagi. rapikan aku semakin menjadi-jadi. haha. kau lah salah, blog! jadi tempat aku mencurah bakat terkeluar aku. ah, sudah. biskut meri ini membuat air liur aku bah. tsunami gamaknya. nasib sahaja tak ada banglo dalam mulut aku ni. haha. mari kita makan. cis! sakit perut. babai!

Sabtu, 27 November 2010

Tak.

jujurnya. esok. aku tak teruja. manakan tidak. mak abah ada di tanah suci sedang aku terima hadiah graduasi dengan cuma adik aku saja. itupun seorang. saudara mara? ouh~ mereka ada hal yang tak dapat dielakkan. untung saja aku ada kawan-kawan. sudah berapa kali aku utarakan. pernah juga aku mencuba selatan, timur dan barat. tapi mak tetap dengan keputusannya. aku pergi. maghrib tadi aku tiba. naik ke atas tingkat 5 yang bagi mereka seksaan dunia. ceh. tingkat 5 baru. bukan 15 apatah lagi 50. shah alam yang telah aku huni mampir setahun. tadi aku turun makan. sedang aku meniti tangga dengan kadar segera, aku terlihat kotak telefon bimbit. fikiran aku, pasti untuk anaknya yang baru kenal dunia. anak-anak moden. kecil-kecil sudah pandai. jangan salah guna sudah. true love konon. aku pun belum tentu tahu makna true love tu. setakat terjemah dari inggeris ke bahasa melayu aku tahulah. haha. itu cuma tanggapan liar aku. tapi aku tak seliar tanggapan aku. aku biasa-biasa. seorang perempuan. kalau aku lelaki pun, kenapa? ah, persetankan jantina aku. kau baca sahaja cerita aku ini. tak ada masalah dengan jantina aku sekalipun aku khunsa atau buat-buat khunsa. dalam dompetku ada dua nota ringgit malaysia 50. mesti kau ingat nota cinta kan? simpan dalam henpon sudah. dunia moden. itupun kalau ada. lagi seronok kalau nota cinta abang m bagi. bagi kredit percuma. sungguh aku teruja menambah nilai. haha. tapi nota ringgit malaysia 50 itu bukan aku yang punya. acu yang punya. buat beli baju T universiti tempat aku belajar. kau nak tahu kat mana? pandai-pandailah kau cari. tak kuasa mak nak cerita. satunya-satunya wang yang aku ada. keping 50sen. tambah lagi satu keping beli air tin. sedap juga hilangkan dahaga. ya, dahaga. ada orang benci perkataan dahaga. haha. masalah mental agaknya. ouh~ jangan terasa. terlalu panjang coretan aku. nanti kau taknak baca. nanti aku sambung lagi cerita gila aku. babai!

Aku Gian.

kau tak payah fikir macam-macam. baca dulu cerita aku. baru kau tahu aku gian apa. dadah? aku makan ubat batuk pun jarang. nak suruh aku hisap ganja? lupakan saja impian murnimu itu. dalam mimpi mungkin kau boleh cuba. tapi bukan realiti. aku dah berubah sedikit. jadi aku yang dulu. aku terberubah jadi geli-geli sekejap. entah. mungkin pembimbing rakan sebaya agaknya. maksud aku, pengaruh rakan sebaya. dah lama aku nak tulis cerita gila sebegini. terasa rindu pada kawan-kawan tampoi yang pernah sama-sama kita berjuang memperjuangkan aiskrim milo yang mak jan diva jual di bawah blok. sudah. aku terlalu jauh menyimpang. sekarang aku tak boleh berhenti menulis. menulis cerita yang pada aku gila. kau tak rasa begitu? baik. kau pergi main jauh-jauh. tapi kau masih boleh jadi kawan aku. siapalah aku tanpa teman-teman. tak gitu? sepupu aku yang namanya iman sudah meraung-raung. entah apa inginnya. kau tahu apa yang budak umur setahun nak? aku pun taktahu. apa kau ingat aku ni penterjemah bahasa kanak-kanak. belum lagi. sepupu aku yang cakapnya pelat-pelat pun aku tak faham. apatah lagi yang tahunya cuma menangis dan aaaa aaaa uuuu eeee. ah, sibuk je kanak-kanak ni. dah lah. nanti saja aku sambung kerja gila aku.

Cerita Aku Yang Tak Jadi

cis, setan! jerit aku dalam hati saja. bak kata kumpulan penyanyi labah-labah. jeritan batinku. atau lagu p.ramlee? aku pun tak pasti. ah! tak penting pun! kau ingat aku takut? kau lelaki aku perempuan. jadi? bukan masalah besar pun. pertarungan harus diteruskan. kau tak payah buat muka simpati. muak. mual. mukah! kat sarawak. apa yang aku merepek ni? kau fikir dengan muka kau yang tak adalah macam model antarabangsa pun tu kau boleh menang? go to hell lah bak kata orang asli pangkor laut. tapi aku pun taktahu pertarungan ini untuk apa? untuk apa? kau tahu? aku taktahu. haha. aku dihantui persoalan sekarang. cis! cerita aku tak jadi. babai!

Pengikut