Selasa, 7 Disember 2010

Cerita Pendakap Gigi.

dia duduk di hujung sekali. dekat dengan pintu jalan ke tandas. hari ini dia awal. tepat pukul 2 dia sudah terpacak di kaunter depan menghulur kad biru yang mencatat amaun dan tarikh temu janji. tak tahu kenapa dia memilih tempat paling hujung. selesa agaknya. atau mungkin juga dekat dengan bilik yang biasa dia bertemu doktor. 10. atau 15 minit dia menunggu namanya dipanggil. ada juga 2,3 orang yang datang selepasnya. pintu dibuka. tersembul kepala jururawat menjengah keluar memanggil nama. dia masuk. menyapa doktor berketurunan india yang bersiul-siul gembira. senang hati agaknya. selipar warna hijau dengan gambar biri-biri dibuka satu-satu. dia baring. jururawat meletakkan kain serupa napkin diikat lembut pada lehernya. mulut dibuka. bermulalah episod pembegaan seorang doktor gigi terhadap pesakitnya. satu-satu getah warna-warni itu dibuka untuk diganti yang baru. barisan warna yang cantik-cantik mengaburi matanya untuk memilih. tapi akhirnya dia memilih hijau dan merah jambu. selesai sudah satu lagi temu janji. ada lagi untuk bulan hadapan. rutin harian budak si pendakap gigi. untuk setahun, dua lebih kurang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut