Isnin, 6 Disember 2010

Kisah Si Pemotong Daging.

daging itu dibiar dalam peti sejuk beku beberapa hari. atau lebih tepat beberapa minggu. lebihan hari raya haji hari itu. pagi-pagi lagi si pemotong sudah bangun. tapi bukan untuk memulakan pekerjaannya. hanya sekadar meletakkan daging beku tadi dalam ketuhar yang tak dipasang. si pemotong tidur balik. bangun balik tepat pukul10. ke ruang tamu. mencari sofa. dapatkan posisi yang betul. dan kembali tidur. niatnya 10.30 bangun dan mandi tapi terlajak 10.40. lebih kurang pukul11 dia ke dapur. mencari daging dalam ketuhar. berfikir sejenak. potong daging atau kupas bawang. keputusan dicapai. potong daging. satu-satu daging yang belum habis beku itu dipotongnya. hampir sahaja salur darah meletus dek kesejukan yang amat sangat mengecutkan arteri vein. (sesungguhnya aku tak dapat berfikir perkataan yang betul untuk itu). entah apa yang difikirkan oleh si pemotong. mak abah yang berada di mekah. keputusan peperiksaan yang bakal keluar. ah, bercelaru! kata si pemotong daging. daging di lapah. besar. kecil. akhirnya siap. hanya beberapa minit. air paip memenuhi periuk dan diletakkan atas tempat memasak. dibiarkan air itu mendidih sambil si pemotong mengupas bawang. 3bawang kecil dan 2 bawang putih. macam banyak. memang banyak pun. selesai bermain dengan bawang, tiba giliran kayu manis menjadi mangsa patah. diikuti bunga lawang 2kuntum. dibasuh elok-elok. satu lagi periuk atas tempat memasak. minyak. bawang putih dan bawang merah. kayu manis dan bunga lawang. kicap manis cap dirahsiakan. sos tiram jenama suka hati kau. air satu mangkuk. harini memang si pemotong nak ajar kau cara memasak. tapi kau tau nak masak apa? tanyalah si pemotong sendiri. daging yang si pemotong lupa nak cerita masuk dalam air mendidih tadi beralih periuk. sedang tunggu daging empuk, pemotong teringat kentang dalam peti sejuk. dia perlahankan api dan segera mengupas kentang. dipotong dengan hati-hati dan dicampak dalam daging tadi. dibiar. dibiar. dibiar. si pemotong bagi adiknya rasa. hurm~ sedap. katanya. si pemotong rasa puas hati. hampir satu rumah dicanang tentang kehebatan masakannya hari ini. lauk siap. si pemotong suka hati. dia senyum lebar sebab hari ini ada orang puji. ;D

p/s: kau tau siapa pemotong daging tu? ingat dapat aku nak cerita. haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut